Friday, July 27, 2012

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA..

Alsalam...

Mak aiii, lamenyer tak up date blog nie, huhuhu.. dah berkepok2 debu ha.... semenjak dua menjak nie mmang sawan malas nie menjadi2, tu yg lame giler tak up date tu.... takpelah ape2 pun dikesempatan disini aku nak mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan,semoga puasa amalan kita akan diterima dan diberikan rahmat olehNYA dibulan yang mulia ini....mcm mana ngan korang semua,ade g tarawih ke, aku plak tak berpeluang nak g sbb anak kecik lagi yg second tu,so klau bwak dia ke surau tkut menganggu org lain nak buat ibadah plak.. mdah2han suatu hari bila anak2 dah besar aku berpeluang  terawih bersama2 suami n anak2 semua, tentu seronok dapat bersembahyang berjemaah bersama2, boleh mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan kan... hari nie dah masuk hari ke 8 kita semua menjalankan ibadah puasa... sekejap je rasanya dah 8 hari, pejam celik,pejam celik dah nak raya.... hoooreeee sonoknyer rayeee... hahaha.... klau time kecik2 dulu mgkin perkataan tu yg akan disorakkan bila dah nak dekat raya, tapi skarang bila dah kawin n ada anak, mgkin anak2 lah yang lagi sronok nak raya, anak aku dah sebok nak suruh belikan baju raya,kasut raya dan sebagai mak aku tumpang gembira tgok anak2 seronok n excited nak raya, time aku sudah berlalu n skrang tiba time dia orang plak.... yg penting baju raya aku thun nie 4 psang,kihkihkih excited jugak nie nak mlaram ngan baju baru..setahun sekali tempah baju,so apesalahnya tempah banyak2 ckit kan, nnti bleh buat g kerja....... oklah, dah takde modal nak cakap, ape2 pun selamat menjalankan ibadah puasa semua sahabat2 jauh n dekat....

Wednesday, June 27, 2012

 

WANITA DAN AIR MATA....

Air mata kehidupan
Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, Ibu, mengapa ibu menangis?
Ibunya menjawab, Sebab ibu adalah perempuan, nak. Saya tak mengerti ibu, kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. Nak, kau memang tak akan mengerti…
...
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. Ayah, mengapa ibu menangis? Ibumu
menangis tanpa sebab yang jelas, sang ayah menjawab. Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis? Dalam mimpinya ia
merasa seolah mendengar jawapannya:

Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap
berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam
kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan
menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan...

Thursday, April 26, 2012

SEKARANG TAK SAMA CAM DULU

Assalamualaikum....w.b.t.

Hai.... tgok pada tajuk entry ari nie... bnyak persoalan bermain.... bila difikirkan mmang bbeza sesangatlah sekarang ngan dulu... Ada yg seronok bila time sekarang, sbb dikelilingi anak2,suami tp yg krang sronok bila jarang dpat buat ape yg kita suka n boleh kita buat time kita bjang dulu, cth: klau dulu time bjang,bila2 masa kita trasa rindu kat family,mak ayah trutamanya, bila2 masa je kita bleh blik kmpg, tp skarang tak bleh buat cam tu lg.. kita kna tanya suami dlu, bila dia free,bla dia snang, bru bleh balik kampung... sbb tu kadang2 tu rindu sangat time bujang dulu, kita tak trikat dengan ape2 pun,kita cuma dibawah pemantauan mak ayah je... walaupun mmang trasa masa terlalu cepat brlalu... waktu skarang jarang dapat fikirkan hal diri sendiri, lebih utamakan kluarga, suami n anak2, tiada lagi masa utk lepak2 ngan kawan2 or kluar jalan2 tanpa arah tujuan....setiap pengorbanan yg dilakukan kita hanya pikirkan hanyalah nk buat yg tbaik untuk kluarga tersayang....

Thursday, March 15, 2012

SURAT UNTUK IBU DAN AYAH YANG ANAKNYA TELAH PERGI MENGHADAP ILAHI..

·                                 pemergiannya sudah di takdirkan Allah, jangan di kesali apa yang berlaku... itulah ketentuannya... menangis banyak mana pun tidak dapat mengembalikannya ke pangkuan anda.
 Buat ibu dan ayahnya, bersabarlah ye.... Dia akan tetap ke syurga seperti di janjikan Allah dan Rasulnya, Dia kini sedang di jaga oleh Nabi Ibrahim as, dia sedang berlari-lari berseronok sehingga lupa akan anda sehingga malaikat menegur mereka. " wahai Wildan, lupakah kamu akan kedua ibu bapa kamu, kemudian anak-anak kecil itu akan berhenti bermain, mula lah mereka semua merasa sedih dan menangis"... "Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud.... " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya .. " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab .... Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya...Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)Setelah Kiamat.Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.....Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.....Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)untuk Ibu2 dan bapa2 tingkatkanlah keimanan dan ketakwaan anda..... Anda akan jumpa kembali dengannya. Bersabarlah, sesungguhnya Dunia ini hanyalah sifat sementara dan akhirat adalah tempat yang benar dan bersifat kekal selama-lamanya.....Al-Fatihah :')

CUKUP TERSENTUH HATIKU SEBAGAI SEORANG IBU BILA MEMBACA,SO AKU KONGSIKAN DISINI.....

Monday, March 5, 2012

Trip to Langkawi n Penang 25-27Feb2012

Assalamualaikum....Hai, mula2 aku nak cerita pasal trip aku ke langawi  n penang 25-27feb2012 yg lepas... walaupun sekejap je n tak puas rasanya berjalan,tapi tetap puas n berbaloi rasanya g jalan2 kali nie... sebenarnya dah lama teringin nak g ke langkawi,tapi pendamkan ajelah,yelah benda jauh tak bolehlah berharap sangat kan... tapi nak jadikan ceritanya membuatkan hajat nak pergi kesampaian krana my hubby ade perjumpaan ahli2 liperpool(LIVERBIRD MALAYSIA) kat Sg.Petani Kedah 26/2/2012(kehadiran tak diwajipkan, sape nak pergi bleh pergi) so hubby ajaklah aku n anak2 ke kedah... Alang2 dah sampai tempat yg kita jarang g tu, aku pun rancanglah g langkawi sekali,kira percutian kami thun nie ke Langkawi.....      Dah alang2 sampai kedah teringin plak nak g penang,ape lagi kami pun rancang plak g ke pinang, kebetulan kat langkawi takde beli ape2 buah tangan pun, so kami pun ke pinang, boleh jugak beli jeruk2 kat pinang tu... iutlah yang sampai ke batu feringgi kami berjalan... jadilah percutian yang menarik kami tahun nie...
sekian,jumpa lagi.. kat bawah gambar2 kenangan kami kat sana:-


NIE KAT TEBING PANTAI BSEBELAHAN DATARAN HELANG.
NIE TIME NAIK CABLE CAR LANGKAWI
NIE MASA KAT BAHAGIAN ATAS (CABLE CAR)
TGOK PERMANDANGAN DUNIA,SUNGGUH INDAH CIPTAAN ALLAH..
BERGAMBAR KENANGAN DI DATARAN HELANG, INILAH SALAH SATU KEAGONGAN LANGKAWI..
       
ONTHEWAY KE PULAU PINANG, NIE JAMBATAN PULAU PINANG
DUA BERADIK NIE TIME KAT TAMAN NEGARA,BATU FERINGGI PULAU PINANG.
TIME NIE DAH SIAP MANDI PANTAI N DAH NAK BALIK NAIK..


GAMBAR BERLATARBELAKANGKAN BATU BERKEPALA BUAYA..TENGOK BETUL2..
NAIK BOT PUSING2 KAT TAMAN NEGARA PULAU PINANG


Tuesday, January 31, 2012

SITI NURDAMIA NAJIHAH DAH MULA SEKOLAH TADIKA PASTI

Anak aku Siti Nurdamia Najihahtahun nie dah start sekolah tadika... Mula2 kita org taknak hantar lagi dia skolah, yerklah takut jemu plak,sbb baru 4 tahun.. tapi dia beria2 sangat nak sekolah....

JALAN-JALAN KE GENTING HIGHLAND 24 JANUARI 2012..

Hai kawan2(ceh macam upin ipin plak), ade kawan ke aku nie, hahaha.... ade aku kesah.....
ok,ok... ape2 pun pertama sekali aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 buat sahabat2 yg mengenali(trlambat wish thun baru,kihkihkih).hope tahun baru nie akan terpancar sinar dan cahaya kebahagiaan buat kita semua n diharap hidup akan lebih diberkati dan setiap ape yang diimpikan termakbul olehNYA... Bulan Januari tahun baru 2012 nie banyak cuti,so memang happy sangatlah.... cuti paling aku happy tentu sekali cuti tahun baru cina sbb cuti lama n dapat bonnnnnnn sekali.. hehe, jangan jeles sesape yang tak dapat tu... hihihi... Ape2 pun aku bersyukur sangat dengan setiap rezeki yang Allah bagi pada kami sekeluarga...Setiap ape yang aku dapat semuanya rezeki dari Allah...

Ok,berbalik pada cuti tahun baru cina, aku balik kampung di temerloh dua malam je, n dah balik rawang balik isnin23/1/12 malam... memandangkan 24 hari bulan aku n hubby masih bercuti so hubby ajak kita org g jalan2 je Genting Highland.. Klau korang nak tau, dari umah aku ke genting highland tu baru 40 minit sahaja, tapi 5 tahun berkahwin sekali pun tak pernah jejakkan kaki aku ke genting tu(huhuhu sedih rasa).. sbenornya my hubby nie payah ckit nak ajak g berjalan2 tanpa tujuan nie... tu pun mungkin dia kesiankan aku sbb dah lama sangat ajak g berjalan ke situ, tu dia layankan aje... kita layan dulu gambar2 aku disana....






yang aku trajis sangat penangan genting punya pasal anak aku dua2 demam tak kebah2.. time sampai kat sana dlm kul 4 lebih, langsung tak terasa sejuk, walaupun dah pakaikan baju lgan panjang n swerter(btul ke ejaan aku)kihkih..kitaorg naiklah mainan yang membawa kita org mengelilingi genting pada kul 8mlm lbih kurang masa tu, keluar je dari bangunan dia, cuaca yang teramat-amatlah sejuk sampai aku yang pakai baju tshirt biasa nie dah mengigil2 kesejukan, anak2 yg mmang dah stambai baju sejuk tebak pun msih lagi sjuk giler2, itulah sbbnya anak2 aku demam,kejutan genting rupanya.. hahahaha sabor jelah..