Monday, November 2, 2015

Alhamdulillah ,Segalanya Dipermudahkan OlehNYA.

Assalamualaikum n selamat pagi...


Hai, Alhamdulillah bersyukur ummi kehadrat Ilahi, semoga ummi sekeluarga sentiasa didalam Lindungannya,Rahmatnya,Hidayahnya.Aminnn..Allah memudahkan segala perancangan kami, Allah sentiasa membuka pintu rezeki kami.Semoga kami tidak lalai dan leka untuk sentiasa mencari keberkatanMU ya Allah.


Sebenarnya perancangan ummi n abbi untuk memiliki sebuah kereta baru, iya, kami bukan orang ade2, so kena berpijak di bumi yang nyata dan betul2 buat pilihan yang terbaik. tapi tulah, Rezekikan datang dari DIA, segalanya Dipermudahkan OlehNYA,Aminn..


2 minggu lepas kami rancang untuk g tengok2 je dulu kereta baru, kami pergi 2 tempat produa n Proton. En.suami dia lagi suka proton sebab katanya  besar, lebih selesa, boleh muat banyak barang. kebetulan kami sampai di proton kereta exora yang kami nak usyar takde pun(kata jurujual kalau nak terus booking je), so kita cuma tengok2 je, Tanya harga berapa, tanya2 lebih kurang dengan jurujual tu, ternyata proton exora memang agak mahal. Habis proton punya tempat, g ke produa pulak(kebetulan dekat2 je tempatnye).


Produa adalah pilihan ummi,  sebelum nie pun ummi guna produa kancil(tu kereta kami sekeluarga). Selama 10 tahun dah ummi guna kereta tu, Alhamdulillah memang tak penah rosak teruk2, cuma sekadar tukar n service bila cukup time dia je. so ummi cukup yakin dengan produa. lagi satu produa Alza yang kami tengok jauh lebih murah harganya, walaupun kecik dari proton exora, tetapi dengan kami yang ade dua anak nie dah cukup besar sebenarnya. Lagi pun ummi takut tak reti nak bawak kalau besar sangat, nak parking pun susah nanti.


Sampai ke Produa kami dilayan oleh encik Zulfikal(Produa Rawang), dia menerangkan pasal kereta yang kami pilih tu, Alhamdulillah sangat mudah berurusan dengan belia. Lepas tengok kereta, bincang2, teliti2, bandingkan antara dua, kami balik piker, esokkan ummi col en.zulfikal dan cakap nak booking Alza Advance colour Pession Red, untuk Alza Advance promosi hujung tahun 2015 nie dia bagi diskaun RM2000, harga sebenar lebih kurang rm65 ribu lebih, tolak diskaun, tolak d/payment yang kami bayar, tolak transfer NCD, kami kena buat loan sebanyak rm56200. 9 tahun bayar sebulan RM660. Memandangkan ummi n abbi gaji ala2 je, so kami guna dua nama, loan baru boleh lepas. dua minggu jugak prosesnya lebih kurang baru selesai semua urusan pembelian. Alhamdulillah tercapai jugak hajat kami untuk memiliki kenderaan yang lebih selesa untuk kami sekeluarga.


Ummi cerita nie bukan untuk dibanggakan, bukan untuk bermegah2, setiap ape yang kami inginkan kami rancang dari awal, bukannya semudah ape yang ummi tulis. Mungkin boleh jadi sedikit panduan untuk anda. Jadi untuk merialisasikan ape yang diinginkan sebaiknya rancanglah dari awal, perancangan sangatlah penting, selebihnya rezeki dari Allah.


Sehingga jumpa lagi.


bye

Monday, October 26, 2015

Damia dah Mula Exam Akhir Tahun.

Assalamualaikum...


Hari nie anak ummi Siti Nurdamia Najihah dah mula exam akhir tahun untuk Sekolah Agama. untuk sekolah kebangsaan dah start hari jumaat minggu lepas lagi.. sepatutnya sekolah kebangsaan start isnin 19/10/2015, tapi Negara kita mengalami Jerebu yang teruk minggu lalu sehingga terpaksa menutup sesi persekolahan, itu yang tertunda sampai jumaat lepas.


Apa2 pun, Ummi sentiasa doakan anak ummi damia dapat jawab dengan baik dan berjaya, doa ummi sentiasa mengiringi mu anakku. Ummi tau damia anak yang bijak, ummi tau damia dah buat yang terbaik.


Peperiksaan pertengahan tahun yang lalu damia dapat kedudukan no 2 dalam kelas,Alhamdulillah. semoga damia akan Berjaya juga untuk peperiksaan Akhir tahun kali ini..

Tuesday, September 29, 2015

GST OH GST.....

Assalamualaikum....


Hari nie dah 7/4/2015, bererti hari ketujuh Negara kita telah melaksanakan GST(CUKAI) barangan untuk ditanggung oleh rakyat.. Sepositif manapun bila fikir pasal gst nie, lebih banyak menyusahkan rakyat dari menyenangkan, yerklah name pun cukai,dah tentu membebankan.. bila nak bincangkan pasal gst nie,rumit sangat ,melibatkan banyak benda, tapi yang pasti memang membebankan rakyat. sebabnya, rakyat tak boleh claim balik cukai tu, tapi syarikat atau pasaraya2 besar memang yang dah kaya tu boleh claim pulak tu.. so, sekarang siapa yg tanggung semua tu, dah tentu rakyat kan.Ummi nie klau crita bab nie angin tu lebih ckit, rase berangin je..




Yang pasti kena terima walaupun tak redho, huhuhuhu.. jawablah anda di sana nanti. Walaupun ade yg ckap saper taknak bayar gst,pergi duk kat bulan, aku rasa klau mmang bulan tu senag je nak g, mungki yang tinggal kat bumi nie, menteri2 jelah, yang lain semua pindah ke bulan.. hahahaha,gila betul..




Pada ummi nie yang anak baru dua dan ummi dan abbi pun kerja ,mungkin masih boleh menerima gst tu, macam mana klau yang tiada pendapatan, yg memang selama nie pun kais pagi makan pagi, cuma cukup2 makan, yang sebelum ade gst pun tak cukup, habis klau keadaan sekarang nie lagi lah membebankan.. Macam mana pulak mangsa2 banjir yang baru je melanda dia org 3 bulan lalu, sdangkan nak beli keperluan seblum adenya gst tu pun tak mampu, minta belas kasihan dri org lain, klau keadaan sekarang rasa2nya cam mana. Ya mungkin cukai gst dapat membangunkan lagi ekonomi Negara, tapi klau rakyat tetap papa kedana, ape yg membangunnya.


Iya,mungkin ummi nie terlalu berfikiran sempit dlm hal nie, tapi bila ummi masuk 3 pasaraya diaarea rawang nie, takde lagi pasaraya yang turunkan harga barang seperti yang dickap2kan tu,  minggu pertama gst ummi g keluar makan di sebuah restaurant kat dalam aeon rawang, takyah ckplah restaurant ape kan, itu antara rastauran yang selalu ummi ngna kwan ummi makan seblum2 nie, tapi bila masuk 2 hari selepas gst dijalankan, benda pertama yang ummi Nampak, menu atas meja dah berwajah baru, cantik je, kulit pun keras lagi, sayang nak buka rasenya, masa tu tak fikir ape2 lagi, buka je buku menu tu, terkejut tgok, harga mejoriti semua dah bertukar harga baru, klau lebih rendah mungkin ummi akan tersenyum, tapi setiap menu lebih kurang 2 - 4 ringgit dinaikkan harga. so macammana rakyat seperti ummi nak piker positif pasal GST ni, takdan ape2 semua mencanak naik.


Ari nie punya cerita lagilah, g makan kat food court aeon,alhamdulillah makanan semua kedai kat food court tu tak dinaikkan harga lagi buat masa nie, tapi harga air mineral kawan ummi beli kat dpan food court tu, sebotol air mineral kecil harganya rm2.65 termasuk GST, ha, rasa2 logic ke air mineral boto kecik harga sampai cam tu, kalau beli dlm pasaraya biasa tu baru 70sen je ummi rasa. sabor jelah... Apekan daya, kita dah mintak,nak kata ape lagi bayar jelah.. angin satu badan..


Oklah, membebel banyak2 pun sakit tekak jugak, hati memang dah bngkak lama nie.. hahahaha..okbye



SENYAP SUNYI..............

Assalamualaikum anak2 ummi n sahabat alam maya..


lamanya tak update blog ummi nie, berdebu dah, kesiannye... hehe.. Skrang ummi nie sibuk ckit, malas pun yerk nak bukak blog nie, asyik tertanggguh je,sabar jelah.. lepas esok,esok,esok last2 berbulan2 tak buka.. hahahah, rajin sangat biasalahkan..hihi


Panjang plak ummi membebel utk  diri sendiri ari nie, pdahal salah sendiri.. Bukan ape semenjak dua menjak nie diri ummi nie kurang sihat sikit lah rasanya. kerap sangat dapat demam,batuk ,selsema, badan rasa tak bermaya. letih je rasa, selalu penat je cam nak tidur je memanjang. Macam mana nak dibuat tu.


Ape2 pun ummi tetap bersyukur, dengan penambahan umur ummi awal bulan lalu, bererti ummi semakin muda untuk bertemu Ilahi, dan semakin tua dibumi Allah ini.Terima kasih YA Allah kerana masih  memberi ummi kesempatan untuk hidup dan memperbaiki kekurangan n kelemahan diri ini sebelum dijemput olehMU. Semoga hidayahMu,RahmatMu, KebahagiaanMu sentiasa bersama ummi sekeluarga.


Terima Kasih ,


bye

Tuesday, April 7, 2015

TIDUR

Hai, Assalamualaikum..


kalau bercakap soal tidur, semua tersenyum suka kalau dapat tidur yg lena kan. Tidur adalah waktu kita merehatkan minda sebenarnya, waktu tidurlah minda kita akan berhenti berfikir. sebab tulah bila diri tak cukup tidur nie,bulih jadi bengong sekejap.. hahahah


Sebenarnya ummi banyak cerita pasal tidur, ari nie nak cerita satu hal pasal ummi terlajak tidur. rasenya dalam sebulan nie dah 2 kali jadi camnie. kalau setakad terlajak tidur kat umah tu biasalahkan, dah terlajak pastu baru tergesa2 bgun kejutkan yg tu, kejutkan yg nie,semua jadi kelam kabut, itu situasi yg sering berlaku pada awal2 tahun dulu bila mula2 start sekolah pada ummi ngan anak2, biasalah baru merasa sebab anak baru masuk tahun satu,mmang kena bangun seawall mungkin, alarm kat phone tu siap set untuk tiga time yang berbeza, 5.30 pagi phone dah berbunyi, maknanya isyarat suruh bangun. kalau boleh tannak pun bangun pagi2 kejutkan anak, siapkan anak n diri sendiri dan pagi2 lagi dah keluar antar anak2 ke sekolah n ummi g kerja. Anak2 pun boleh tahan jugak litany nak bangun tu, ummi faham anak2 ummi penat,siang hari sekolah pagi petang, waktu rest mungkin tak cukup untuk dia org, tapi apekan daya kita anak2ku. itupun kul 9.30 dah masuk tidur,dah dikira awal, masih lagi Nampak macam tak cukup tidur. kesian sungguh.. Apedah yang ummi melalut nie.hahaha, sebenarnya bukan ini yang nak cerita, ceritanya pasal ummi sndiri.


Ini cerita sebenarnya, selalunya ummi klau time lunch kat ofis, kalau tak keluar makan ummi akan rehat kat stor tempat yg disediakan utk solat,ummi akan lepak2,makan2 n tidur kat situ sambil nak menunggu masuk kerja balik, ummi rehat pukul 12 tgah hari sampai kul 1.jadi, memandangkan hari ini ummi puasa ganti, so ummi pun memang dah set dalam kepala nie yang ummi nak tidur je time lunch nie, sebab dari pagi tadi mata nie mengantuk giler, asik menguap je dari pagi, memang tak cukup tidur mlm td, tidur kul 1pgsebab ummi basuh baju,jemur baju,gosok baju sekolah anak, sempat lagi jahit manik gaun damia anak ummi tu, kul 1 lebih baru tidur, pastu kul 6 dah bangun balik, jadi kepala dak berapa center sangat rasa pagi nie,awal2 dah fikir nak tidur je time lunch nie,so sampai waktunya ummi glah tidur, kebetulah kawan ofis sorang lagi tu tak pelak sekali dlm tu,so sorang2lah ummi tidur, punyalah lena tidur, sedar2 dah pukul 1.31petang, terkejut beruk ummi dibuatnya, memang terkeju giler, dlm hati lamanya ummi tidur, rasa cam baru je lelapkan mata, rasa tak puas lagi tidur,hahaha. ape lagi dengan selambernya ummi bangun,masuk tandas,cuci muka n masuk kerja balik, rrasa malu gak muka nie walaupun takde yang perasan, tapi tak taulah kalu dia org buat2 tak perasankan ,hahaha, lantak p lah, bukan ummi sengaja pun, ampunnn bos, insyaAllah ummi tak buat lagi.


Padahal bulan nie dah kali kedua nie jadi cam nie, sebelum nie 15 minit je lebih tidur, ari nie dah 30minit, ajngan lepas nie terlebih tidut 2 jam sudah, bangun2 3 petang, nyanye.itulah cerita pasal tidur ummi. hihihi


sampai jumpa lagi, bye.

Monday, April 6, 2015

AKU BERGADUH...

Assalamualaikum.....


Wah, tgok tajuk takut rase, cam gadoh besor je....hhahahaha... Gadoh ngan anak je, kecik plak tu, baru 4 tahun... bila pikir2 lawak betul,ngan anak pun boleh gaduh ..hahahah..


Citernya cam nie, petang semalam aku balik kerja, g ambik anak2 pastu g umah MIL, balik dari umah mak mertuaku dlm kereta, anak2 aku sebuk duk bergaduh,riuh dlm kereta,anak aku yang no 2 tu dibantainya panggil kakaknya  tu monyat, nakal budak2 biasalah, dia tak paham pun ape sebenarnya, tapi aku sebagai mak nie tak sukalah dengar anak2 sebut benda2 tak elok cam tu kan, so aku marahlah dia, aku cakap tak elok cakap cam tu, wah, dia punya merajuk sebab aku marah dia, mulut muncung macam boleh ikat nak tunjuk marahnya kat aku... Aku buat tak tau je, pastu mulut aku nie gatal cakap..........





Kalau ADIK(panggilan untuk anak aku no 2) nakal cam nie,cakap macam tu lagi, ummi tak naklah kawan ngan adik lagi, aku cakap kat dia..... pastu aku diam terus bawak kereta  balik umah, aku tak tengok pun kat dia...masing2 diam je layan perasaan kononnya..... tiba2 bunyi mcm org nangis, slow je, aku pandang dia, tiba2 dia menangis kuat sambil cakap " Adik tau ummi tak sayang adik, biarlah adik pergi je dari sini, biar Allah ambik adik, biar Adik JADI AHLI2 KUBUR, ummi tak sayang adikkan...... Dia menangis sampai teresak2, tersedu2...


Punyalah terkejut aku sebab dia boleh terfikir nak cakap macam tu sekali, aku boleh rasa yang dia sedih sangat masa tu, mungkin dia ingat aku memang tak sayang dia.... Aku dah terkedu masa tu, dah tak tau nak cakap apa, sampai berair mata aku, aku menangis sendiri tanpa aku sedar, rasa bersalah sangat kat dia....yang aku tak sangka keluar kata2 jadi ahli2 kubur dari mulut anak aku yang baru berumur 4 tahun, betul2 aku tak sangka...Selama nie pun kalau aku cakap macam tu bila aku marah dia,  dia akan datang dekat ngan aku, n pujuk aku, taknak bagi aku marah dia, dia akan buat macam2 carauntuk pujuk aku sampai aku tersenyum balik,tanda tak marah dia lagi...




Lepas aku terdiam sekejap, aku pun pujuklah dia, dia memang susah nak dipujuk skarang nie, bermacam2 soalan dia akan Tanya... Kiranya terjadilah soal jawab antara aku ngan dia time tu, sampai dia boleh cakap kalau ummi sayang adik ummi jangan lah marah adik ni lagi.. hadoilah, anak2 sekarang, bijak lebih pada ibu, ibu sekarang kena bersedia dengan pemikiran bijak anak2 sekarang...Anak2 nie tak tau sebenarnya sebagai IBU/UMMI/MUMY/EMAK, tak kiralah ape panggilan sekalipun yang dipanggil untuk menunjukkan kita sebagai seorang IBU yang melahirkan, yang membesarkan dan yang menyayangmu selamanya....


Sebenarnya anak2 nie tak tau... Sebagai seorang ibu, Anak2 nie diibaratkan seperti NYAWA kepada Ibu2 semua, kasih dan sayang yang takkan berbelah bahagi diberi dan sayangnya ibumu kepadamu takkan dapat dibandingkan atau tak boleh diucap dengan kata2...... Ingatlah anak2 Ummi, kasih sayang Ummi untuk kalian takkan berkurang walau sedikit pun, walau ape pun terjadi, Kalian ibarat NYAWA Ummi..Ummi sayang anak2 ummi, semoga anak2 ummi dalam LindunganNYA sentiasa, diberkati, dirahmati, diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,menjadi anak yang soleh solehah, bijak pandai, berguna kepada agama dan bangsa serta disenangi dan disayangi semua orang....Sayang ummi tiada berbelah bahagi untuk mu anak2 ummi..... kenangan2 kita akan tersemat disanubari ummi selamanya.... dan coretan ini salah satu untuk dikenang untuk kita nanti...

Thursday, April 2, 2015

AHMAD FAKHRUL DARWISY DAH SEKOLAH(4TAHUN)

Alhamdulillah, anak teruna ummi Ahmad Fakhrul Darwisy yang sorang nie pun dah besar gak, dah nak masuk 4 tahun pun, panggilan untuknya adik, so sekarang adik dah mula masuk ke alam persekolahan, walau pun baru empat tahun , masih kecik untuk adik serius belajar, tapi ummi harap adik dapat ilmu yang berguna dan adik dapat menyesuaikan diri dengan cara pendidikan berteraskan Islamic, itu tujuan ummi hantar adik, agar adik terbiasa dengan cara Islamic yang diajar kesekolah dan berharap akan kekal dalam diri adik sampai bila2...






Walaupun masih kecik dan ramai yang cakap tak patut hantar ke sekolah lagi, ummi hantar dia supaya dia pandai bergaul ngan kawan2 sebaya dan dapat meresap benda2 yang lebih baik supaya dapat membentuk keperibadiannya adik dengan cara Islamic yang diajar disekolah, kalau adik kat rumah pun, ummi mengaku ummi tak sempat nak ajar adik n kakak banyak perkara, mudah2han bila adik duduk kat sekolah, sikit sebanyak adik akan terbiasa dengan cara cikgu2 ajar rutin hariannya. ummi hantar adik ke Tadika The Litter Caliphs...Ummi tengok sekolah tu cara mengajar agak berbeza cikit dari sekol;ah2 tadika yang berlambak mcam cendawan tumbuh skrang nie.. dia tackle anak2 kita dengan caranya tersendiri, takpelah walaupun yuran mahal ckit, tapi bermanfaat untuk adik ummi n abbi sanggup sayang.  InsyaAllah dengan bimbinan guru2 yang bertauliah semoga adik Berjaya menyerap Ilmu berguna untuk Dunia Akhirat..Aaminn..




Thursday, March 26, 2015

TANAH KE KERETA

huhuhu... tak tau mana satu pilihan, klau pilih kereta, tak perlu piker pasal hutang,sbb cash... kalau Tanah plak kena buat loan lain pulak...nnt tentu terikat dengan pembayaran loan yg sekian lamanya.... tp, bila pikir balik baik aku pilih Tanah, sekurang-kurangnya ade jugaklah sekangkang kera, untuk masa depan aku nie.... huhuhu




kalau ikutkan hati nie taknak terikat ngan mana2 loan lagi, sebab sangat membebankan sebenarnya... dapat gaji semua abis untuk bayar utang je, rasa penat sangat bila piker, duit gaji entah kemana tiap bulan... adoiii, peningnya.. dalam masa terdekat akan buat keputusan.




Untuk kereta plak, sebenarnya aku nak beli kereta company aku je, so mungkin boleh dapat murah ckit,bukan terdesak sangat pun nak beli kereta tu, cuma bila terkenang kereta kecik aku tu ,bila nak berjalan jauh selalu tak muat nak letak barang lebih ckit, itu ingat nak beli yang besar ckit... tapi tu pun masih dalam perbincangan bos lagi, nak bagi aku ke tak.. harap2 ade rezeki aku.. kiranya aku bweli kereta second je nie.. bukan taknak beli yang baru, memandangkan aku nak elak dari terikat dengan loan yg ambik masa smpai 9 tahun... aku dah merasa bayar loan kereta slama 9 thun, terlalu lama pada aku, nak singkatkan loan tak ckup duit plak... itu yang aku rasa beli kereta second yg masih baik secara cash dan tak perlu terikat dengan loan bank... tapi kena pastikan jugaklah yang kereta tu masih elok keadaannya.....


tengoklah macam mana dulu, tengok rezeki mana satu... ingat nak sambar je dua2... tengoklah macam mana dulu.....



Monday, March 23, 2015

ANAK2 KESAYANGAN UMMI

hai uolls, huhu, klau tgok tajuk ari nie aku akan sentiasa tersenyum bila ingatkan anak2 aku, teletah dia buat aku happy,walaupun mungkin aku dlm keadaan sedih waktu tu..betul org ckp, anak2 penghibur kita diwaktu kita sedih atau gembira, bila kita susah hati pun,anak2lah pengubatnya.... kalau bercakap soal anak2 nie, tidak dapat digambarkan mcm mana bahagianya bila dapat mendengar setiap patah yang keluar dari mulut anak bila dia bercerita soal ape yang berlaku disekelilingnya setiap hati.. hari2 cerita yang berbeza, pengalaman baru yang mereka dapat, tak kira pasal ape pun, kadang2 pasal kawan2 sekolah, cikgu2, makcik kantin, semua diceritanya..


Ok, sebenarnya aku baru ade dua anak, yang sulong perempuan darjah satu baru, yang kedua lelaki 4 tahun.. Dua2 dah sekolah, so dua2 ade je cerita yang nak dicerita kat aku, terutama si kakak tu...



Sunday, March 22, 2015

SITI NURDAMIA NAJIHAH DARJAH SATU DAH.....

Wah, tup,tap,tup,tap... dah 7 tahun anak ummi, dah masuk sekolah rendah.. sangat excited damia nak tunggu start sekolah, dia rasa cam dah besar sebab boleh sekolah kebangsaan dah katanya, ummi pun happy tgok damia seronok cam tu nak mula sekolah, Semoga Damia Berjaya untuk menimba ilu duia dan Akhirat.Semoga damia jadi  anak yang baik,berjaya,taat perintah Allah dan dilindungNYA sentiasa..




Damia sekolah 2 sesi, maksudnya pagi petang sekolah. Memandangkan kami dduk di Serendah, Hulu Selangor, sesi persekolahan untuk Sekolah Kebangsaan Serendah adalah  pada sesi petang untuk tahun 1,2,3 maknanya damia akan sekolah Agama Qiraat Dan Tahfiz Al-Quran Serendah pada sesi pagi.Alhamdulillah buat masa nie dia nampak bersemangat walaupun penat sebab pagi petang kena g sekolah. Hari mula2 sekolah dia dah mengadu ngan adiknya, yang dia lagi penat sekolah pagi petang.. Aku yang dengar rasa kesian, sbb tak sempat sampai rumah dia dah tertidur dalam kereta., Kesian

DARWISY CIRIT BIRIT,MUNTAH N DEMAM

Assalamualaikum.... hai, huhu... mggu lepas anak bujang ummi nie sakit plak, start dari hari rabu, mula dengan muntah2, membawa ke cirit birit sampai lah demam... salahnye tak tau kat mana, yang aku tau salah makan, mungkin makanan yang aku beli kat pasar malam selasa mlm tu, dah tak elok,atau basi, aku sendiri pun tak pasti makanan mana satu yang jadi punca. masaalahnya mlm tu aku hanya beli satey n nasi impit, apam balik rangup, n keropok lekor.. kalau tengok kepada menu, satey paling resiko untuk membuatkan cirit birit, mungkin dissebabkan kuahnya, atau rempah perapan satey tu sendiri, bab kata abg aku, dia penah kena cirit birit disebabkan rempah perapan satey.. aku pun takleh tuduh tanpa bukti, yang pasti mungkin aku takkan jadi pelanggannye lagi lepas nie, boikotlah kata kan, tapi tak tau tahan berapa lama atau aku akan cari penjual satey baru klau teringin sangat...


Bukannya ape, bila dah jadi kat anak aku cam tu, tiga hari dia takde selera makan, makan je cirit balik, badan sampai susut sangat, dahlah yang dah kurus, bertambah2lah kurus anak aku tu, kesian sangat2 aku tengok, dah boleh bilang tulang2 rusuknya.. ikutkan hati nie aku nak je  g marah2 orang tu, mungkin dia org nie cuma piker soal untung, jadi kita sebagai pembeli kena bijak ...


buat aku lagi sakit hati sebenarnya sebab aku pun kena sekali cirit birit tu, satu hari jugaklah aku duk ulang alik keluar masuk toilet...nasib baik anak dara aku ngan hubby tak kena sekali, kalau tak lagi naya... cuma sebab aku dah tua, efek tu kurang ckitlah, cepatlah baiknya..


moral dlm citer aku nie, lepas nie kalau nak beli apa2 tu berhati2lah, pandang dulu persekitaran, bersih ke idok,tgok ckit rupa makanan yg nak dibeli, tinjau2 ckit makanan yang dijual, takut2 yang tak abis semalam dijual balik , mau tak sakit perut.... huhuhu, harap2 tak jadilah lagi lpas nie...


Sekian, cau cin cau...

Monday, March 9, 2015

PEJAM CELIK PEJAM CELIK.....

Assalamualaikum.... hai, kengkawan... ade kawan ke... hahaaha... hadoiii pejam celik pejam celik dah masuk bulan tiga 2015 kita yerk, kejab benor rasenya... tak sempat buat itu ini masa berlalu tinggalkan kita... Kalau kita masih dengan sikap yang sama, tak berubah rubah, masa tetap akan tinggalkan kita jauh kedepan... kitalah duk meranggak sorang2..... Ape aku merepek nie hoiiii... aku nak cakapkan betapa ruginya kita klau tak manfaatkan masa yang kita ada nie dengan perkara yang berguna dan bermanfaat untuk kita dunia akhirat dan bangun untuk mengejar masa yang dah agak jauh tinggalkan kita tu, sama2lah kita bangun jalan seiring dengan masa dan keadaan sekarang,agar kita tak ketinggalan kebelakang....


Sekarang zaman semua orang berkejar2 nak berlumba saper sampai dulu, tak kira dlm bab kerjaya di dunia atau untuk bekalan di akhirat kelak. semoga aku juga tak ketinggalan untuk mencapai dan sama2 mengejap ape yang masih belum tercapai... memperbaiki diri menjadi insan lebih baik sebagai hambaNYA, taat dan amanah dengan anugerah2 terindah yang telah

Wednesday, January 21, 2015

KetentuanNYA, Redholah Kita....Banjir Melanda..

Penghujung tahun 2014, hujung bulan Dec, beberapa negeri di pantai timur, Pahang,Terengganu dan Kelantan dilanda banjir besar. Kelantan adalan negeri paling teruk dilanda banjir , bleh dikatakan seluruh negeri Kelantan dilanda banjir, walaupun Kelantan adalah negeri yang saban tahun dilanda banjir, tapi tahun ini adalah tahun paling teruk. Dugaan sungguh, semoga rakyat2 Kelantan tabah dan kuat menghadapi dugaanNYA.. kami dari negeri2 lain turut simpati dengan dugaan yang menimpa Kelantan.


Temerloh dalam negeri Pahang, tempat lahir aku Bachap,Paya Pulai mukim Bangau tak terkecuali dilanda banjir, mengikut kata ayah, banjir besar pernah berlaku pada tahun 70 dulu, dan untuk kali nie iya menjengah kembali, tapi area kampong aku ayah cakap tak seteruk tahun 70 dulu.. Umah Kak Ros, kakak aku pun air masuk sampai paras dada, barang2 dia yang tak sempat pindah,semua rosak ditengelami air... Di Pahang bandar temerloh antara tempat yang paling teruk dilanda banjir...




 Redholah kita dengan KetentuanNYA, kuatkanlah hati kita dengan dugaanNYA.Semuanya ade Hikmah disebalik yang terjadi..DIA bagi ujuan untuk kita sebab DIA sayang kat kita...

Wednesday, January 14, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015 BUAT SEMUA.....




Hai, huhu.. ari nie dah 5 januari 2015, cepat sungguh dah lima hari kita masuk ke tahun baru...
semoga tahun nie lebih baik dari tahun2 yang sudah, dipermudahkan segalanya, semoga aku mnjadi anak,isteri dan ibu yang terbaik untuk insan2 tersayang disekeliling Ku....InsyaAllah dengan IzinNYA...




Setahun kesetahun, azam cam sama je, tup2 dah nak masuk 8 thun aku menjadi isteri dan 7 thun menjadi ibu untuk anak2 Ku..... memang terlampau banyak kekurangan diri ini, dan kadang2 rasa sedih sangat bila tak mampu buat sehabis baik untuk suami dan anak2...itulah orang kata betapa susahnya kita nak mengubah diri kita ,perangai kita ,sikap kita , kalau kita tak betul2 buat dan tak kuatkan hati  mmang kita akan kalah, seperti kalahnya aku setiap kali nak mengubah rutin yang biasa dibuat kepada satu rutin yang lebih baik dan lebih flaksibel...contohnya yang paling senang, aku sendiri, g kerja sebulan cuma 4 hari je datang awal atau sampai sebelum 8.30pg, selebih huhu lambat sampai, tapi dah beberapa tahun aku cuba datang kerja awal tapi lepas sehari dua aku balik pada rutin yang sama dtang lambat...mgkin tahun nie tahun yang akan merubah segalanya , InsyaAllah....