Wednesday, September 28, 2016

BULAN 9 , BULAN KELAHIRAN UMMI (7 SEPT)

Assalamualaikum anak akan kesayangan ummi.... semoga sentiasa sihat dibawah lindunganNya sentiasa..Aminn


Entry nie dah lama ummi nak tulis, tapi tak berkesempatan untuk singgah disini.. hari nie agak free, so ummi singgah kejaplah... Bukan nak tulis apa pun, cuma saja nak mencoret cikit pasal bulan istimewa untuk ummi nie, hehe..


Bulan 9, bulan kelahiran ummi (7 Sept) dah semakin sikit umur ummi nie sebelum ummi dijemput ilahi, sebelum ummi dijemput, ummi mengharapkan dan mahukan kehidupan yang penuh keberkatan untuk  membawa bekalan kesana nanti..Semoga Allah sentiasa memberi peluang untuk ummi menjadi hambaNYA yang lebih bertakwa dan taat dengan segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA..




Di kesempatan ini ummi nak ucapkan terima kasih buat semua sahabat2 alam maya ummi, terutama sahabat FB diatas ucapan hari lahir ummi tempoh hari, tak terbalas satu persatu, semoga hidup kita semua sentiasa dibawah lindunganNYA dan sentiasa dirahmatiNYA..


Terima Kasih yang tak terhingga terutama sekali buat IBU ummi yang melahirkan ummi pada tarikh itu, lahirnya ummi ke dunia kerana mak, maklah yang patut dapat ucapan itu semua, kerana perjuangan mak lah lahirnya ummi ke dunia.. Terima kasih MAK AYAH, siti sentiasa doakan semoga mak ayah sentiasa dibawah lindunganNYA, diberkatiNYA, Dirahmati olehNYA, dan dikurniakan kebahagiaan berterusan buat mak dan ayah disamping anak cucu... terima kasih tak terhingga diatas setiap titis peluh yang keluar dari keringat mak ayah untuk membesarkan kami adik beradik, tidak termampu untuk kami membalasnya, pengorbanan mu terlalu besar buat kami.. siti sayang mak ayah selamanya, Mak ayah ada tempat yang teristimewa dalam hati siti....













Wednesday, September 21, 2016

MAJLIS KAHWIN ANAK SAUDARA FADZILAH ILAH

Assalamualaikum semua..




Entry sebelum nie ummi cerita pasal majlis kawin zaidi(eddy), hari nie ummi nak tepek kat sini gambar-gambar kenangan semasa majlis kahwin Fadzilah ilah(sepupu eddy) nie pulak. Majlis ilah diadakan seminggu selepas majlis dirumah eddy, so memang bulan 8 baru nie, bulan kawin ummi panggil, bilang minggu ummi balik kampong, huru hara jadinya.. walaupun penat, tapi seronok tu tak terkata, sebab boleh berkumpul adik beradik riuh rendah.. Kenangan tu.. lain kali janganlah buat kenduri dekat2 macam tu yerk, kesianlah kat kami yang duduk jauh nie(khkihkih), haru biru jadinya.. Kita layan gambar yerk..

 bila dapat bergambar, macam macam pesyen ada.. hehe kenangan semua nie..















 Keluarga besar kami, nie pun separuh je, kalau ada semua tak muat masuk dlm gambar..

malam akad nikah, itu pakcik ummi(pakdo) dari Terengganu..
 
 
 
 
 Awal tahun depan, baju hijau tu pulak..hehe, kita tunggu hari bahagia dia pulak..
 
 

 
 K.ija dari serendah Selangor pun sudi datang memeriahkan majlis, terima kasih datang..

Gambar nie time kenduri sambut menantu rumah lelaki di Kuantan,sekeping nie je ada gambar kenduri umah pilah lelaki...Kenduri umah pengantin lelaki seminggu kemudian ummi tak pergi pun, tak berkelapangan.



Apa2 pun Selamat Pengantin Baru buat Ilah dan suami, semoga Ikatan perkahwinan yang dibina sentiasa disirami dengan kasih sayang, semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati serta memberi kebahagiaan duania akhirat buat rumahtangga kamu berdua. Selamat melayari alam rumahtangga..

Jumpa lagi..

MAJLIS KAWIN ANAK SAUDARA MOHD ZAIDI MAT LUDIN

Assalamualaikum n selamat petang buat anak2 kesayangan ummi abbi..


Semoga anak anak soleh solehah ummi sentiasa dibawah lindungan dan keberkatanNYA selalu.. Lama ummi tak up date blog nie, sibuk dan macam2 kejadian berlaku sebulan dua nie. nantilah kalau ada kelapangan ummi ceritakan, sebab tu ummi tak sempat langsung menjengah ke sini, kerja pun berlambak, nie je ada masa sikit, sempatlah ummi singgah kejap kesini sebelum balik.


 Hari nie ummi nak update cerita pasal majlis  kawin n bertandang anak-anak saudara ummi. banyak sangat gambar-gambar kenangan, rugi rasanya kalau ummi tak masuk dalam nie, semuanya akan jadi kenangan suatu hari nanti..


Pada 13 Ogos 2016, adalah hari bertandang/belarok ke rumah pengantin perempuan di Sabak Bernam, Kuala Selangor, untuk pasangan Mohd Zaidi Bin Mat Ludin(anak saudara ummi).
Gerak pukul 8.30pagi sampai dirumah home stay pukul 10.30pagi, 2 jam perjalanan lebih kurang. kat homestay tu memang dah ada mak ayah ummi,mak ayah pengantin lelaki, adik beradik pengantin yang sampai petang semalam lagi untuk majlis akad nikah, dia orang tidur di situ, home stay tu pihak pengantin perempuan sediakan. Dah sampai,Tunggu kat rumah tu sampai pukul 12.30-1.00 tgah hari untuk tunggu pengantin ke home stay sebelum sama2 ke dewan tempat majlis bersanding pihak pengantin perempuan. dekat je sekangkang kera dari umah ke dewan,kihkih..


Kenduri sambut menantu untuk belah pengantin lelaki diadakan pada 20 ogos 2016 di Caruk Puting, Temerloh Pahang, selang seminggu selepas kenduri belah pengantin perempuan..Jom kita layan gambar yerk..



Gambar kat atas nie sebelum bertolak pergi kenduri umah pengantin perempuan, pagi tu sempat lagi ke rumah k.ija, sebab kakak2 dari kampung dah lama tak jumpa ngan k.ija. umah anak saudara umi.. K.ija kakak ipar ummi. 


 
 
 
 
 
 
 


 
 




 baju biru nie semasa kenduri di rumah pihak pengantin perempuan di Sabak Bernam.












 gambar nie di rumah pengantin lelaki di temerloh.. Dekorasi meja makan, dan perhiasan belakang semua dibuat oleh adik ummi, tikah, dia deko sendiri.



Ummi kena bertugas di khemah bubur kacang+nangka.. hehe laku keras, semetar je habis bak hang.. hihihi



Selamat pengantin baru ummi ucapkan buat pasangan Mohd Zaidi dan Atikah, Ummi doakan semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan dunia akhirat, dan  keberkatan, kesefahaman serta kebahagiaan sentiasa mengiringi perjalanan rumahtangga mu dunia akhirat serta dikurniakan anak-anak yang soleh solehah hendakNYA.. Aminn