Thursday, November 17, 2011

SUNYI

kengkadang, hidup ini terasa sunyi sangat... kosong... tak gembira.... terlalu rindukan saat2 dikampung dulu, smasa bujang dulu... semuanya indah.... sekarang nie saat indah bila bersama anak2 dan insan tersayang dan sesekali balik ke kampung halaman bertemu ayah bonda n keluarga tersayang,hanya itulah rutin kehidupan yg mengembirakan...Alhamdulillah dikurniakan anak2 yg comel2, anak2 adalah pengubat segala rasa sakit, walau dalam keadaan mcm mana skali pun anak2 diutamakan dulu,sebagai seorang ibu kerana anak2 adalah anugerah yang terindah olehNYA.... bersyukur dengan ape yg ada dan redho dengan setiap KetentuanNYA,mudah2han sentiasa dikuatkan iman dan takwa agar dapat mengharungi setiap dugaan hidup ini.... dugaan dan cabaran hidup ini tidak akan habis selagi nyawa dikandung badan,tiada manusia yg tidak diundang masaalah.....

Sunday, November 13, 2011

AHMAD FAKHRUL DARWISY

Assalamualaikum semua kengkawan...
Ok, ari tu aku critakan serba sedikit pasal anak sulung aku, so ari nie aku nak cerita plak pasal anak no 2 yang diberi nama Ahmad Fakhrul Darwisy..nama Ahmad tu mula nak letak muhammad,memandangkan panjang sangat dan tak cukup kotak nak tulis,so suami aku letaklah nama Ahmad kat depan..nama Fakhrul dipilih oleh suami aku, masa time mengandung tu tengah ada program iman muda dan salah seorang pesertanya bernama Fakhrul,so suami aku berkenan ngan nama tu,manakala nama Darwisy pulak aku yg pilih.. Ahmad Fakhrul Darwisy lahir pada 2 June 2011,sekarang nie baru 5 bulan lebih je... Darwisy sama cam damia,senang dijaga time dalam pantang n buat masa sekarang nie,memang jarang dia nak meragam,mmang senag dijaga,Alhamdulillah anak2 umi semua baik2...sekarang dia baru 5 bulan lbih,tpaku dah bagi makan sejak dalam pantang lagi,so badan dia agak bersemangat,5 blan beratnya telah mencecah 7kg,

Friday, November 11, 2011

BALIK KAMPUNG 12-11-2011

Hai,hai,hai...... ari nie hati berbunga2 rasanya, tautak sebab ape.. sbbnya esok nak balik kampung kat temerloh, tak tau nape tak sabar tunggu esok nak balik kampung... rasa rindu sangat kat family kat kampung trtama mak n ayah... sebelum2 nie tiap2 bulan pun ade balik kampung walaupun hanya satu malam bermalam kat kampung, dah cukup buat aku happy sbb setiap bulan pun aku masih boleh tengok muka mak n ayah aku walaupun dah 11 tahun aku dduk kat selangor nie...tapi bulan lepas disebabkan aku mengalami sedikit kecelakaan jalan raya(accident) so bulan lepas takdelah aku balik kampung sbb takde transport... huhu sedih rasa, tapi tak balik kampung pun,mak n ayah aku datang serendah nie jenguk kami,tp tatap rasa lain bila tak balik.... padahal bru masuk 2 bulan je tak balik,dah rasa rindu sangat dengan umah kat kampung,suasana kampung yg boleh bg aku ketenangan walau dlm keadaan mcm mana skalipun(anak kampunglah katakan)maknanya aku nie tak lupa daratan,mana jugak pergi tetap ingat kampung halaman(puji diri sendiri,susah nie)..... siapa lagi nak puji diri aku kalau bukan aku yerk tak... janji rockkk...... hahaha....
berbalik pada tajuk entri aku, rasa memang tak sabar nak balik kampung besok..biasalah aku balik kampung petang sabtu n petang ahad balik serendah balik, macam tulah tiap bulan... tapi itupun dah cukup puas bagi aku.... kla,cau cin cau...

BLOG TIKAH

satnih,tikah ade col, so aku ckap kat dia aku tgah mengupdate blog.. dia pun mcam semangat je nak ade blog sendiri... aku ajolah serba sedikit macam mana nak buat blog sendiri... so kita tunggu jelah kemunculan blog tikah anok poknor....... tungguuuuuuuuu.....

Thursday, November 10, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDUL ADHA 6/11/2011

 Hai, Alsalam... buat sahabat2 yg seagama aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidul Adha yg dah berlalu pd 6/11/2011 yg lalu.... entri nie lambat aku coretkan kat sini, tp aku nak tlis gak pasal hari raya Aidul Adha nie....tak kisahlah sbb niekan blog aku.....hehehehe... ari raya korban tu aku cuma menyambut kat serendah,,rawang,selangor, kat umah aku sendiri, beerti tahun nie tak balik kampung kat temerloh cuma beraya kat umah mak mertua yg dduk dekat ngan umah aku.... biasa tiap thun tak balik sebelum raya pun,tp mesti balik gak ari raya pertama or kedua, tapi thun nie langsng tak balik.. hubby kena kerja time hari raya tu n deret kerja tak cuti2.. so kena tunggu hujung minggu nie bru aku balik kampung(maknanya dah abis raya dah,balik sesaje je)... kat serendah nie mmang sambutan hari raya langsung tak terasa,lagilah klau macam aku nie tak g sembahyang sunat ari raya(anak 2 org tu kecik2,cam mana nak g masjid,takde org nak jaga)lagi tak rasa macam hari raya, dduk kat umah macam hari cuti biasa,masak macam biasa,baju raya pun tak pakai, sampai anak sulong aku 2,3 kali tanya ummi betul ke ari nie ari raya,dia pun tak sangka ari tu ari raya, .. tapi mungkin mmang dah lumrah orang2 kat sini cam nie kut.. klau nak rasa cam hari raya,kenalah g masjid sbb adelah yg buat korban,sembelih lembu...klau nak rasa mcm ari raya buatlah makan2 anak beranak kat umah sndiri atau umah mak mertua dan berkumpul adik beradik sambil makan2, tu jelah.. susah nak tengok atau jumpa umah org kat sini yang buat masak2 daging korban n panggil jiran2 makan macam kat kampung2 biasa buat.... kat serendah nie siapa yang tak buat korban n tak g tolong org masjid yg lain buat korban,maknanya dduk jelah umah macam ari cuti2 biasa...... klau 5,atau 10 thun akan datang tak taulah macam mana sambutan hari raya korban kat serendah nie, mgkin susah nak tengok org buat korban lagi....memang jauh beza dengan kat kampung aku kat temerloh, kat kampung masih ade tuan rumah yg buat korban tu akan masak2 daging korban dan jemput satu kampung datang makan kat umah,kadang2 ari raya pertama tu sampai 2,3 buah rumah buat makan2 macam tu, so kita masih lagi dapat rasa sambutan hari raya tu... bagi rumah2 yang tak buat korban,tetap buat makan2 contoh masak bihun sop ke,nasi lemak ke.. sbb lepas sembahyang raya masih ade tetamu akan singgah beraya ke rumah kita, walaupun tak semeriah hari raya aidil fitri, tapi masih ade tetamu yang datang beraya, jadi terasalah macam hari raya.. kan best macam tu... sekian,coretan kali ini... rasa macam dah panjang sangat nie...

SITI NURDAMIA NAJIHAH

Siti Nurdamia Najihah adalah anak sulong aku yang lahir pada tanggal 16 Julai 2008 dan sekarang nie berumur tiga tahun setengah, petah bercakap ape sahaja dah mengalahkan umminya sendiri, walaupun masih kecil,beliau boleh menjadi pendengar yang baik buat umminya yg kadang2 kusut disebabkan macam2 hal n masaalah, umminya jugak boleh mengadu ape sahaja dengan dia dan kadang2 dia boleh memberi pandangan yang agak bernas dalam satu2 bab, maknanya dia boleh memahami situasi kita pada masa tu(takdelah kita cakap lain dia cakap lain).. nama timang2annya ialah Damia..DAMIA,DAMIA. time aku angin aku panggil dia Damia Naji(Naji adalah singkatan dari najihah) mamang dia marah n tak suka klau aku panggil dia dengan pangilan tu  ,entah kenapa dia tak suka dengan nama tu.. satu nama lagi yg menjadi kemarahan dia bila kita panggil dia dengan nama MEK SLAMOH..mek slamoh,mek slamoh... tersenyum aku bila teringatkan nama tu... Nama tu asal usulnya silohnya disebut buat pertama kalinya oleh tok wan damia kat kampung(mak aku la tu), diikuti oleh tok ayohnye pulok sampai belarutan pada mok2 sdaranya yg laing... skrang klau balik kampung adelah yg menyakatnya dengan nama tu, n damia cukup tak suka nama tu,itupun aku tak tau napa dia tak suka sangat nama tu.. ikutkan boleh pakai jugak nama tu sebabnya gelaran aku time dulu2, time dduk kat kampung  sblum berhijrah ke bandar ialah mek limoh... so MEK SLAMOH ANOK MEK LIMOH... ngamkan nama tu hahahahah kelakar betul bila teringat, tapi sekrang jarang doh ore kampung aku panggil aku ngan nama tu, seteng2 org je pangil aku ngan nama tu...


laing kali aku sambung lagi citer asal damia, tiba2 kepala jd srabut ngan kerja kat ofis semakin berlambak(sambung kerja dulu)....kat bawah nie gambar2 anak sulong ku Damia