Thursday, June 30, 2016

MERIAHNYA MAJLIS BUKA PUASA FAMILY UMMI DI KAMPUNG

Assalamualaikum semua kesayangan ummi....




Hari nie ummi nak cerita pasal Majlis buka puasa kat umah family ummi di kampung pada 18 June 2016(13 Ramadhan) yang lalu.. Seronok memang tak terkatalah kan, yerklah bukan senang dapat berkumpul ramai2 macam tu.. kalau takde majlis ape2 memang susah nak jumpa n berkumpul macam tu.. Majlis berbuka puasa nie tak melibatkan org luar pun, memang anak cucu mak ayah je.. seronok Nye tengok mak n ayah bila semua berkumpul macam tu... itu pun adelah dua tiga kerat yang tak dapat hadir kerana sebab2 yang tak dapat dielakkan.. hihi, redho jelah yerk siapa yang takde tu, jangan jelos bila tengok gambar, gambar korang takde... hahahaha


















Majlis tu dirancang seminggu sebelum kalau tak silap, adik bongsu ummi moksu tikah yang buat pengumuman kat Facebook untuk menjemput anak2 saudara yang berada diperantauan untuk balik ke kampong.. yerk anak saudara ummi semua dah besar2, banyak dah bekerja kat luar ,merata tempat.. hihi, saje je masukkan dalam FB tu, senang sebab mejoriti kaum kerabat ada fbkan, tak je nama dia orang senang..hehe.. majlis tu dihadiri seramai 50-60 orang lebih kurang..


Meriahnya memang tak terkata, seronok sangat bila dapat berkumpul ramai2 gitu, setahun sekali je buat majlis tu. so kalau yang mana takde tu memang rugilah.. Kakak yang duduk kat Kelantan pun sanggup turun temerloh untuk joint kami, setiap tahun bila buat majlis berbuka puasa memang kak salmah dari Kelantan akan balik, samaada dengan anak2 atau dengan suami tercinta, tahun nie kak salmah balik ngan suami je, sebab anak2 semua bizi, lagi pun jauhkan... kak salmah ada cakap dia balik nie sebab time raya dah tak dapat balik jumpa mak ayah, so time nielah kalau nak jumpa n berkumpul adik beradik.. Semoga berjumpa lagi yerk kak salmah n abang sanusi...


Gambar time majlis tu memang banyak, tapi hphone nie ade masaalah tempat pengecas tu, tak boleh nak guna untuk transfer gamba masuk computer,.. takpelah nanti bila dah ada gambar ummi akan masukkan gambar yerk,untuk menjadi kenangan... sebab tu ummi suka ambik gambar, setiap gambar ada kenangan tersendiri.. sangat bermakna... Ummi ada ribuan koleksi gambar keluarga n anak2, semuanya ummi sayang....

















Biarlah gambar yang menceritakan bahawa betapa meriahnya majlis berbuka puasa tempoh hari, tidak dapat digambarkan dengan kata2.. semoga kebahagiaan keluarga besar kami berkekalan dunia akhirat hendakNYA.



Monday, June 27, 2016

Fakhrul Darwisy Belajar Berpuasa....

Assalamualaikum anak anak ummi...


Hari nie 23 Ramadhan 1437H.. Puasa tahun nie, anak2 ummi semua dah belajar berpuasa, kakak Damia memang berpuasalah sebab dah 8 tahun, Darwisy pulak baru nak belajar puasa..
 Ummi dan abbi dah cakap siap2 puasa ke tak fakhrul mesti bangun sahur, sebab nak latih dia orang bersahun, walaupun tak puasa penuh.. setia pagi time sahur setiap orang mesti minum segelas air manis n segelas air kosong, nasi mesti makan..Pesyen fakhrul pulak time bersahur bukan main berselera lagi makan, sampai bertambah2 makan nasi..


Keluarga ummi nie dah biasa time berbuka jarang makan nasi, makan benda lain,  mee goring ke,bihun sup ke, kadang2 kuih muih je + murtabak, makan benda macam tu je, memang tak makan nasi. semua terikut cara abbi, abbi taknak makan nasi, kita orang pun semua mengikut..huhuhu...sebab tu time bersahur semua wajib makan nasi..
 time ngam je nie boleh tidur rapat-rapat cam nie..hehe. anak2 kesayangan ummiabbi..




Minggu pertama puasa fakhrul darwisy puasa penuh satu hari je tak silap, yang lain ada tak puasa atau separuh hari je( kebetulan minggu pertama puasa jatuh masa cuti sekolah)..  Ummi memang tak paksa dia, ikut dia larat.. Tapi kat sekolah lain pulak, cikgu darwisy ada cara untuk mengalakkan dia orang untuk berpuasa, sekolah dia buat carta setiap murid mengikut kelas, n saper yang berpuasa akan dapat sticker( 2 sticker untuk puasa penuh, 1 sticker untuk puasa separuh hari) dan kepada pelajar yang banyak berpuasa akan dapat hadiah pada setiap minggu..so seronok lah budak2 tu bila tgok sticker siapa paling banyak n boleh dapat hadiah lagi) tiga minggu berturut2 darwisy n kawan dia dapat hadiah sebab dalam kelas dia org yang paling banyak berpuasa.. Bila sekali dah dapat hadiah, seronoklah dia, semakin rajin dia berpuasa.. tetapi setiap hari cikgunya akan Tanya, darwisy bersahur ke tak, kalau tak bersahur cikgu takkan bagi puasa.. Yerklah cikgu pun risau jugakkan, apa2 hal jadi susah kan.. Ummi pun hari2 cakap kat cikgu, ikut darwisy je, kalau dia nak puasa biarkan, kalau dia tak larat berbuka aja, ummi pun risau jugak, taknak paksa, darwisy kecik lagi, tak wajib puasa pun..


Cuma apa yang cikgu dia buat tu ummi sokong sebab bagi minat dan pengetahuan pada pelajar2 dia orang tentang puasa.. Alhamdulillah, sekolah darwisy seimbang pembelajarannya, menitik beratkan soal solat dan agama..Little Calips... Dan sampai hari nie fakhrul darwisy dah Berjaya puasa penuh selama 10 hari, kira banyaklah tu dengan umur dia yang baru 5 tahun tu... semoga adik seronok berpuasa...
 tu sticker yang darwisy kumpul mengikut bilangan hari berpuasa.
 Ramadhan Chart, setiap kelas berbeza gambar.



 Darwisy bersama rakan2 yang turut sama dapat hadiah..
gambar dengan cikgu yati dapat hadiah sebab dlm kelas darwisy, dia yang banyak hari berpuasa dalam seminggu, hadiah diberi setiap minggu, 4 minggu darwisy dapat hadiah, tahniah adik..


Oklah tu je  cerita darwisy mula belajar berpuasa... suka ummi tengok gelagat darwisy puasa, setiap kali darwisy puasa, mesti mintak upah ngan ummi, nak g bazar ramadhan, nak beli macam2, selalunya apa yang dibeli dia akan makan sampai abis... Ummi akan layan kalau time darwisy berpuasa, kalau tak ummi beli siap2 sebelum g ambik darwisy..pandai tak ummi...hehehe


bye2



Sunday, June 26, 2016

RAMAHDAN DAH NAK HABIS...

Assalamualaikum n salam sayang anak2 ummi...


sibuk nye ummi dengan kerja yang tak pernah habis, sampai tak sempat langsung nak menjengah ke sini. hihi,puasa dah nak sampai kepenghujung, nie baru ade kesempatan ummi untuk mencoret sesuatu di bulan mulia nie.. sebenarnya terlalu banyak ummi nak cerita.. cerita pasal bangun sahur, ragam  kejut anak2 ummi bangun sahur, cerita pasal buka puasa, kisah buka puasa dikampung ummi yang meriah teramat tu, cerita pasal fakhrul darwisy yang baru belajar puasa, kisah kakak damia puasa sampai tak larat.... macam2 lah ummi nak cerita, tapi tak taulah bila ada kesempatannya.. InsyaAllah ummi akan curi masa ummi yang sibuk nie untuk update satu persatu dalam blog nie.. ummi nak update jugak supaya suatu hari nanti anak2 ummi dah besar boleh baca sendiri gelagak kamu time kecik2..


Sekarang nie pun, kerja ummi masih berlambak lagi, time nie lagilah sebab dah nak dekat raya, 2 x ganda sibuknya, sebab nak sattle kan sebelum ummi bercuti lama..


Sebenarnya ummi nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan, sahabat handal, keluarga, suami tercinta dan anak2 soleh solehah ummi. Semoga puasa kali ini diberkati dan diterima olehNYA.. Dah hujung puasa baru nak ucap selamat berpuasa, apalah....hihihi


Oklah, jumpa lagi..