Sunday, May 15, 2016

SELAMAT HARI GURU 16 MAY 2016

Assalamualaikum....


Hari nie ummi nak  bercerita pasal hari guru yang disambut pada hari nie. sebelum tu ummi nak ucapkan


SELAMAT HARI GURU TERISTIMEWA BUAT GURU-GURU UMMI SEMASA UMMI BERSEKOLAH DI:-


SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA PULAI
TAHUN 1990 HINGGA 1995
DAN
SEKOLAH MENENGAH SEBERANG TEMERLOH(sekarang dah jadi sekolah sukan)
TAHUN 1996 HINGGA 2000 

JASAMU KAN KUKENANG SELAMANYA DAN TIDAK DAPAT MEMBALASNYA WAHAI GURU2KU, HANYA DOA DAPAT KUTITIPKAN BUAT MU GURUKU, 
SEMOGA SEMUA GURU2 KU SENTIASA DIBAWAH LINDUNGANNYA, DAN  RAHMAT,HIDAYAH SERTA KEBAHAGIAAN SENTIASA MENGIRINGI GURU2KU DIDUNIA DAN AKHIRAT..AMINNN, AMINNN...



Tidak dapat dinafikan semasa ummi sebagai pelajar dulu, kemungkinan besar ummi kurang menghargai jasa seorang guru, iya, itu yang ummi rasakan, tapi hari ini, setelah berpuluh tahun berlalu, setelah ummi lalui bermacam2 dugaan hidup, jatuh bangun sebelum menjadi ummi hari ini, manis ataupun pahit yang dilalui, ummi dapat rasakan betapa besarnya pengorbanan guru buat ummi sehinggfalah ummi menjadi ummi hari ini. 


                                                                Terima kasih Cikgu...
 
Apatah lagi sekarang ummi mempuyai anak2 soleh solehah ummi yang perlu ummi bimbing supaya menjadi insan berguna dan berjasa kepada Agama dan Negara, ummi juga mengharapkan GURU2 yang terbaik buat mereka.

Dikesempatan ini juga ummi nak ucapkan Selamat Hari Guru buat Guru-Guru kepada anak-anak ummi iaitu Siti Nurdamai Najihah Mohd Ahzaham(8 tahun) pernah besekolah di Sekolah Pasti Desa Anggerik, Serendah tahun 2012, Sekolah Tadika Cina Millenium Taman Dato'Harun Serendah tahun 2013 dan 2014, Sekolah Agama Annur Kampung Seri Serendah( tahun 2015 hngga sekarang), Sekolah Kebangsaan Serendah (Tahun 2015 hingga sekarang). Buat anak Ummi Ahmad Fakhrul Darwisy Mohd Ahzaham (5tahun) sekolah di Tadika Little Calips Amerel Square Rawang (tahun 2015 hingga sekarang). Ummi doakan semoga guru2 yang membimbing dan mendidik anak2 ummi sentiasa dilimpahi rahmat,hidayah dan keberkatan dariNYA dalam mendidik.Aminnn.

Terima Kasih tidak terhingga buat semua guru2 yang pernah membimbing kami, Jasamu Akan Dikenang...

Jumpa lagi..

Wednesday, May 4, 2016

BILA DAH BALIK KAMPUNG...

Assalamualaikum anak2 kesayangan ummi yang soleh dan solehah....




Hai semua, sempena cuti hari pekerja hujung minggu lalu. Ummi tiga beranak berkesempatan balik ke kampong ummi temerloh. kami bertolak dari serendah pukul 8pagi hari sabtu, ambik anak saudara ummi Nurhayati kat Stesen LRT Gombak putra dulu sebelum bertolak ke Pahang. Ummi drive sendiri je, cik suami tak dapat balik sebab ade kenduri sahabat baik dia sabtu dan ahad tu.  Memandangkan cuti tiga hari, sampai hari isnin, so tiga hairlah ummi dduk kat kampong.. Ingat bertolak pagi sabtu jalan tak jem, rupa-rupanya jem tak hinggat terutama di plaza toll yang ade, perjalanana slow sbb kereta memang banyak, stesen PETRONAS bersumbat dengan kenderaan, isi minyak pun kena beratur.. huhu




Sampai di temerloh pukul 12.00 tgah hari, singgah di Bandar temerloh pekena Nasi Air yang famos di Bandar temerloh, kakak ummi(mak Nurhayati) yang belanja, kebetulan dia org ke Bandar beli barang.sampai rumah dah pukul 1. Untuk tiga hari cuti di kampong, program dah penuh, macam2 rancangannya.. hari sabtu petang, dia orang rancang nak g kutip etok lagi, tak puas kutip hari tu.. hihi, hari ahad ummi buat makan2 jemput kawan2 sekolah ummi (reunion yg ke 4)kihkihkih.. saje saje jumpa kawan2 lama, borak2(nanti ummi cerita pasal tu di antry lain yerk). majlis makan 2 tu start pukul 3, kawan umi dah datang, borak2 makan2 sampai pukul 5.30, habis kawan ummi balik, majlis bersambung pulak dengan kedatangan kakak2 ummi n anak2 saudara ummi serta kawan2 adik n abang ummi( boleh dikatakan saudara2 yang ade lalu depan umah ummi tu kami lambai suruh singgah makan dulu.. hihi, kalau kat kampong macam tu perkara biasa je, sebab kami sekampung rapat antara satu sama lain, boleh dikatakkan ade ikatan saudara antara satu sama lain, so tk kisah.majlis selesai pukul 8mlm lebih kurang. penat sangat badan rasanya, apalagi terbongkang tidur.. happy sangat.


 Hari Isnin tu melawat mak saudara yang dah uzur(sakit tua) dan melawat makcik sekampung tu yang lumpuh separuh badan(pinggang ke kaki,kalau tak salah ummi) pun dah uzur. Semoga makcik makcik tabah dengan ujian Allah dan Ummi doakan makcik sentiasa dibawah LindunganNYA, RahmatNYA, HidayahNYA..Isnin petang jugak ummi bertolak balik ke rawang semula, bertolak dari temerloh pukul 4.40 petang, sampai serendah pukul 9.30 lebih kurang, tu pun ummi terpaksa ikut jalan genting-batang kali.. Jem teruk sangat, dari pekan karak (ummi ikut jalan lama) smapai simpang genting jem,merangkak rangkak atas jalan, sabra jelah. Dugaan setiap kali ade cuti balik kampong, mesti jem gilerrrrs. Letih betul meredah jem, tapi apa kan daya. Ummi tetap jugak tak serik, sebab setiap kali cuti lama ckit, ummi lah yang sibuk nak balik..hihi ( biasalah orang kampong kan, time nielah boleh duduk kampong lama sikit pun).




Balik kampong kali nie memang puas hati, banyak benda yang ummi buat, ahad pagi tu sempat kagi g kutip etok lagi, sabtu dah pergi dapat sebesen, ahad pergi lagi, dapat sebesen lagi, banyak betul , memang puas makan. Kawan2 ummi yang dtang ahad tu pun kami jamu dengan etok goreng pedas.
 Itulah cerita BILA DAH BALIK KAMPUNG....


Sekian, jumpa lagi yerk..