Wednesday, May 28, 2014

ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-7



Assalamualaikum... Wah, pejam celik,pejam celik dah 7 tahun aku mengharungi hidup sebagai isteri 25May2014... terasa baru sahaja melangkah alam perkahwinan, sungguh cepat masa berlalu sekarang nie... Selama tujuh tahun, aku dikurniakan 2 org cahaya mata yang cukup sempurna dariNYA, Alhamdulillah....Seorang perempuan Siti Nurdamia Najihah 6 thun dan seorang lelaki Ahmad Fakhrul Darwisy 3 tahun.... dikurniakan anak2 yang baik,dengar kata dan kurang buat perangai dah cukup membuatkan aku benar2 bersyukur dengan AnugerahNYA, ANUGERAH YANG TERINDAH UNTUK KAMI SUAMI ISTERI, AMIN...


masa berlalu dengan begitu pantas, walaupun bermacam2 onak dan duri dilalui, kami masih kukuh berdiri diatas garisan atau jalan yang  ini, InsyaAllah, mudah2han semoga Allah sentiasa memberi kami kekuatan dan kesabaran untuk kami terus berjuang dan menempoh setiap dugaan membentu keluarga kami kearah jalan diredoiMU.

NAJIS

Bila bercakap soal najis, kita mengambarkan sesuatu yang kotor dan jijik... taik kcing jugak adalah najis, apatah lagi taik org, jijik betul bila piker..kihkihkih. tapi hari nie aku bukan nak cerita pasal taik.. Hari nie aku nak bercakap soal NAJIS DADAH..  Dengar pun takutkan, mudah2han dilindungi olehNYA dan  dijauhkan berlaku dalam ahli keluarga kita, kaum kerabat kita, saudara mara kita dan sahabat handal kita dan org2 yang kita kenali.. Dimana2 negeri pun kita boleh dengar pasal najis dadah, cukup berleluasa, macam benda best plak bila dipikirkan... Alhamdulillah buat masa nie keluarga ku dan insan2 tersayang disekelilingku masih lagi dilindungi dari terjebak pada benda itu, mudah2han dijauhkan hendakNYA.


 Bila dengar, org yang kita kenali,sahabat kita mungkin atau sesiapa sahaja yang terlibat dengan benda tu, aku sentiasa terfikir. Ape yang diaorang fikirkan dan ape yang dia orang nak bila terjebak dengan benda tu. Takde ape kebaikan langsung yang boleh terfikir bila kita ambik atau guna benda najis tu.Adakah keseronokan dicari?? menghilangkan tension?? hilangkan masalah kerja yg tak penah abis?? masaalah rumahtangga atau keluarga pada lelaki yg dah kawin tu?? Ape,ape yang dicari sebenarnya. Adakah yang mana terlibat dengan benda tu semuanya bodoh2, takde akal, takde perasaan dan yang tak boleh piker pasal AGAMA, keluarga, anak bini?? Adakah langsung takde pegangan agama,Nauzubillah.. Semuanya berperang dalam kepala aku dan mempunyai jawapan yang sangat kabur dengan semua soalan yang bermain. Maaf, aku agak beremosi bila bercakap pasal benda nie..


Setiap kali dengar kat tv, atau org sekampung atau org yang dikenali yg ditangkap pasal najis nie, perasaan marah,geram dan sedih bercampur.. Apatah lagi bila fikirkan tentang isteri atau anak2 mereka.. Tidakkah terfikir dibenar mereka, segalanya hancur bila seseorang tu terjebat dengan najis tu.. Tidakkah terfikir masa depan anak2 akan hancur, dan mungkin juga rumahtangga yang dibina atas dasar cinta juga boleh hantur hanya kerana itu??


Aku dapat merasakan betapa sakitnya hati isteri pesalah itu, aku seperti dapat gambarkan perasaan isteri pesalah itu yang mungkin betapa hancurnya hatinya bilamana suami yang diharap dan dipercaya selama ini sanggup membuat begitu.. Aku hanya berharap dan berdoa semoga isteri2 yang terpilih dengan dugaan yang hebat ini agar kuat,tabah dan sabar dengan dugaan Allah ini. Mungkin ade hikmah disebalik sesuatu yang berlaku.. Wallahualam..

Wednesday, May 21, 2014

Tenang dan Damai



Assalamualaikum... Tenang, damai, hanya itulah ungkapan yang boleh diucapkan bila hati teringat mak,ayah dan kampung halaman... hari nie aku nak cerita cikit pasal kampung halaman aku yg dah lama aku tinggalkan semenjak aku melangah keluar ke Bandar  sekitar 14 thun yang lalu... cewah,skema ayat... tapi walaupun dah lama keluar dari kampung dan merantau ke Bandar berkerja, dan sekarang sudah berkahwin dengan org Bandar(menjadikan sebab lebih kuat kenapa aku terpaksa tinggal dibandar), tetapi kampung halaman tetap dihati, setiap bulan mesti balik ke  kampung menjengah mak dan ayah..kalau tak dapat balik kerana sebab2 tertentu, hati jadi gelisah dan tak tenang,, dasyat tu.... mudah2han peluang sentiasa ada dan diberi untuk aku pulang kekampung walau selama mana pun aku akan tinggal di Bandar nie.. Tinggal dibandar bukanlah salah satu impian aku yang sebenar.kalau diberi pilihan antara Bandar dan kampung, sudah semistinya akan ku memilih kampung halaman ku, tetapi ini adalah perjalanan hidup ku, tak semua ape yang kita nak akan kita dapat dengan mudah, tp suatu hari mana tau, dah tua2 nnt,dah takde kerja nak buat kat Bandar nie, mungkin berpeluang membina hidup baru dikampung.. buat masa nie, kalau tengok kepada keadaan dan masa, memang di Bandar yang penuh kesesakan inilah tempat ku.. tapi dimana jua kita berada, kita akan dapat tenang dan bahagia bila kita dikelilingi insan2 yang tersayang. suami,anak2 adalah kekuatan ku untuk terus menapak di Bandar ini... huhuhu...


        Kampung aku diberi nama kampung bachap, yang teletak di Daerah Maran, Bandar Temerloh Pahang..Kampung ku yang dulu sebuah perkampungan yang agar pendalaman dan terpencil. itu mungkin 15,20 thun dulu..  tp skrang iyanya berubah jawah, klau dulu hanya 10, 15 buah rumah sahaja yang dikelilingi pokok buah2han, skarang banyak rumah@ yang baru n cantik2 tlah dibina oleh anak cucu penduduk2 kampung ku..Bila hari raya tiba, suasana lebih meriah sebab yang mana jauh2 semua balik berhari raya dikampung, mmang seronok,. dah ramai anak2 kampong aku tu yang Berjaya dan ade kedudukan  sendiri,tapi masih balik kampong bila ade waktu terluang. Alhamdulillah.. dan bila jarang2 jumpa, bila dah jumpa macam2 citer keluar untuk mengimbau kenangan lalu..

DAMIA DAN BERUS GIGINYA



Hai, ari nie nak citer ckit pasal anak dara aku sorang tu(Damia). malam td dia dah remind ummi dia nie yang isnin minggu depan cikgunya suruh bawak berus gigi,ubat gigi dan cawan katanya, cikgu nak tunjuk cara2 gosok gigi ngan betul.. aku cuma ckp oklah... tup,tup. pagi nie aku antar dia kat sekolah, dahlah lambat ckit sampai sekolahnya(boleh kata ari@ pun lambat, tp memandangkan minggu nie minggu dia exam mmang aku keluar awal ckitlah).... tiba2 sorang minaci yg jaga kat sekolah tu Tanya dia, "damia, tak bawak berus gigi ke ari nie".. Damia dengan mula cuak keluar pagar cari aku kat kereta, dialog dia " ummi, ummi tolong ambik mia punya berus gigi,ubat gigi ngan cawan yerk, please ummi, please yerk ummi". " pastu ummi antar kat sini yerk umm, kena bawak ari nie ummi cikgu cakap". aku yang dalam keadaan angin tak boleh nak cakap ape2, tengok muka anak yang sangat mengharap supaya ade semua barang yang dia nak..


Minaci tu ade cakap, kalau takde pun takpelah, tgoklah budak2 lain buat macam mana. aku piker, kesian pulak dengan damia tu, krang yang lain buat, dia duk tgok je.. tentu dia merajuk ngan aku  balik nnt klau aku tak g ambik. memandangkan sekolah ngan umah agak jauh jugak untuk aku patah balik, dan aku rasa tak bebaloi untuk patah balik(lagi buang masa aku), aku pun menujulah ke sebuah kedai yg boleh dikatakan dekat jugak ngan sekolah. dalam ati duk pkir nsib baik kedai nie bukak, beli kat sini jelah, kononnya... alih,alih, Tanya tuan kedai berus gigi budak ade jual ke, jawapannya TAKDE. keluarlah aku dari kedai tu dengan hati hampa, huhu..


Terus aku tuju ke SEVEN ELEVEN, dalam ati compem ade sbb seven eleven kan pames, kononnyalah, pendekkan citer, aku keluar dari seven E tu dgan ati yang hampa lg geram,sbb TAKDE jugak. Sabor jelah aku. masa dah banyak nie abis kat situ je, benda yang aku nak tak dapat lagi nie.tiba2 tak jauh dari sevenE tu, aku tgok ade 1  kedai acih yg dah bukak, cepat2 aku belari ke kedainya dengan harapan mintak2lah ade kat kedai nie,dlm ati duk pikir kalau takde jugak mmang aku akan g kerja dan terpaksa lupakan pasal berus gigi damia itu dan biarkan damia menunggu berus giginya. tapi, rupa2nya kat kedai acih yang tak seberapa tu jugaklah aku dapat beli berus n ubat gigi untuk damia, cawan memang takdelah jual kat situ, kira cawan takde pun takpelah, dapat berus gigi pun dah cukup bagus.. 


Lepas bayar, bergesas plak aku menapak ke sekolah damia untuk antar brus gigi tu, Nampak kreta aku , tak sempat turun lagi dia dah belari keluar kelas( betapa dia mengharapnya dia dapat dapat berus gugu tu). dapal pikiran aku, kalaulah aku buat tak tau je dan terus g kerja tanpa peduli ape yang dia minta, tentu dia sedih dan piker yang aku taknak pedulikan dia. anak2 nie susah, walaupun umur kecik lagi, tapi pemikiran dia macam org dah besar.


lepas antar,aku pun menapak plak ke tempat kerja aku, dan dah boleh agar yang ari nie aku akan sampai lambat banyak dari ari2 biasa, ari2 biasa lambat ckit je, tapi ari nie lambat banyak.. hahaha.. dan ternyata jangkaan aku tepat, sebab aku sampai ofis kul 8.51pagi.huhuhu... cuma bernasib baik ckit sbb bos tak masuk lagi time tu, lambat plak bos aku ari nie.. ok, inilah cerita aku di pagi hari nie..




jumpa lagi,lain kali... tata

Sunday, May 18, 2014

LAMANYA TAK MENJENGAH..HUHUHU........

Salam petang khamis yang indah, terlalu lama dan bersawang dah blog nie... sampai tahap kena cari kat google nama blog, dah lupa, sabor jelah..... nasib baik masuk email n password betul plak.... hihihihi... rindu rasa.... InsyaAllah lepas nie, akan cuba sekerap mungkin menjengah kesini... sebelum nie asyik duk membaca blog2 org je, mula terasa teringin nak menulis kembali, mencoretkan(walaupun tak berape nak reti tulis yg menarik2 mcm blog org lain)... tapi tak kisahlah, untuk kepuasan diri,syok sendiri.... kan ku kerojerkan kau selepas ini, harap2 menjadi....


Ok, caw dulu, waktu dah sampai, jumpa lg nnt... tata