Thursday, July 17, 2014

CEPATNYE..........

Hari nie dah 18 hari kita berpuasa, memang cepat waktu sekarang bergerak.. rasa macam baru semalam mula berpuasa..huhuhu lg satu  minggu lebih kita semua dah nak beraya, cik tim tahun nie buat baju kurung sendiri tau untuk raya, sekarang dalam proses akhir menjahit, semua dah tangkup, hanya tinggal nak jahit leher, tangan dan bawah baju je lagi. Akhirnya berjaya juga cik tim nak buat baju sendiri.hihihi.. Lepas siap jahit baju cik tim, cik tim kena jahit baju anak cik tim plak, si damia tu, ingat nak jahitkan jubah ngan baju kurung Pahang untuk dia, budak2 nie baju kena lebih ckit, nak berjalan kesana kemari beraya katanya.. kita yang dah kertua nie sepasang dua cukuplah..hihihi..


 Raya tahun nie giliran umah mak mertua dulu di serendah,Selangor, pagi raya selalunya kami bertolak balik kampong mertua di kuala Selangor,balik hari tapi tak tidur sana pun. dan tahun nie hari raya ketiga baru balik umah keluarga cik tim kat temerloh,Pahang. Kenape hari raya ketiga?? sebab cik suami cik tim dah cakap awal2 tahun nie dia kena kerja sampai raya ketiga, so cik tim kena redho jelahkan raya ketiga malam baru balik kampong.. takpe, asalkan boleh balik..huhu


Tahun nie tak tau nape mungkin rajin terlebih ckit, sebab biskut raya pun cik tim  buat sendiri tau, adelah  dua tiga jenis nak buat, yang dah buat sejenis je baru, biskut Mazola, untuk percubaan pertama kira oklah  menjadi, taklah keruk sangat, setakad nak makan sendiri tu bolehlah... Cik tim ingat nak buat biskut 2,3 jenis, rempeyet 2,3 jenis cukuplah, kalau banyak2 pun takde org nak makan. sebab kalau nak tau umah cik tim memang takde org datang pun time raya. cik tim nie dduk sini tak ramai kawan, rumah plak jauh kedalam, kawan2 ofis pun sorang je melayu nya yang lain cina ngan india. huhu.. kami ade buat makan2 kat ofis untuk jamu dia org semua, so takdelah buat kat umah.. cuma harapkan dua,tiga kerat teman rapat dan jiran sebelah umah kalau dia datang, itu jelah..


 Takpelah janji bahagia kan..Ape2 pun cik tim nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa, dan selamat membuat persiapan hari raya, jangan ghairah sangat yerk dalam membuat persiapan.. byebye

MASAALAH

Assalamualaikum.. MASAALAH, kalau kita bercakap pasal masaalah, tiada manusia yang tak pernah menghadapi masaalah sebenarnya,boleh dikata, slagi nyawa dikandung badan, masaalah akan sentiasa mengelilingi kita, silap sikit menjengahlah dia.. huhu.. cuma cara kita mungkin masing2 berbeza untuk menangani setiap masaalah yang kita hadapi tu..


macam aku, time bujang dulu mungkin tak banyak masalah yang menjengah atau datang menghimpit ,lagipun kalau bujang masaalah kita tak libatkan org lain dan dpat kita selesai sendiri tanpa libatkan org, klau dah berkeluarga nie lain pulak masaalahnya, skopnye lebih besar, kadang2 masaalah kecik pun boleh jadi besau sebesau besaunye.hahahah. pandai2lah nak menghadapinya dengan matang dan tenang..


Bila ade masaalah nie, cuma satu kita tak boleh terlampau mengikut perasaan, bertindak melulu. hadapilah setiap masaalah dengan tenang, banyakkan berfikir benda yang positif, baru kita boleh selesaikan masaalah kita dengan baik dan berjaya menyelesaikan masaalah kita taanpa merumitkan lagi keadaan.


Ape2 pun , hadapilah masaalah dengan tenang, setiap kita mempunyai masaalah yang berbeza,yang pasti semua orang ade masaalah.. tata

SALAM RAMADHAN 1435H/2014M

Assalamualaikum sahabat2... semoga sihat2 selalu dan dilindungi hendaknya di bulan ramadhan yang mulia ini. Alhamdulillah hari ini hari ke 3 kita menjalani ibadah puasa, cepat jekan dah hari tetiga..


Ok, ape2 pun kat sini ciktim nak ucapkan selamat menjalani Ibadah Puasa buat semua yang mengenali. Semoga puasa kita pada tahun ini diberkati, dirahmati dan diterima olehNYA..



NURDAMIA NAJIHAH BELAJAR BERPUASA

Hai, hari nie hari ke 5 kita menjalani ibadah puasa.. ari nie nak citer pasal anak aku yang sulung  Nurdamia, 6 tahun.. tahun nie dia lebih serius untuk belajar berpuasa. klau tahun2 sudah dia puasa hanya sekerat hari sahaja,balik sekolah tadika dah berbuka, tak pernah langsung puasa penuh, takpe kecik lagi, tapi walaupun kecik, puasa kali nie aku agak serius untuk latih dia berpuasa penuh, bukan ape cuma biar dia biasakan diri dari kecik, nnt senang, mcm ade pepatah menyebut Melentur Buluh biarlah dari Rebungnya, tak gitu, aku bersetuju sangat dengan pepatah tu...




Ok, berbalik kepada damia,puasa tahun nie baru dia belajar puasa penuh, aku cerita serba cikitlah pasal ibadah puasa nie kat dia. dia angguk2 je tanda paham, paham ke tak tak taulah, haha.. hari pertama bangun sahur, dia bersemangat, mlm tidur awal sebab nak puasa. damia jenis yang mudah bangun bila dikejut, tak menangis walaupun mata mengantuk.. bgun makan dan pastu dia sambung tidur, kul 8 lebih dah bangun, memandangkan ari ahad aktivitinya tgok tv kartun dia tulah.. kul 11 dah sibuk cakap dahaga, nak minum.. aku ade janji ngan dia, satu hari puasa penuh RM1 aku bagi sebagai hadiah sbb Berjaya puasa penuh, saje je aku ckp cam tu bukannye ape cuma nak bagi dia semangat tuk puasa je, aku ckap nnt tentu cepat penuh tabungnya. tu yang dia sanggup tu..




 Mula2 damia macam dah mengalah,nak berbuka tak tahan katanyaAku pujuk punya pujuk, dia ok balik, dia smbung tgok tv lg. adiknye si darwisy plak sibuk duk makan itu ini, tu yang tergugat bila damia duk tgok.. sampai kul 4, dia cakap lapar nak makan.. aku pujuk lagi cakap rugi sebab dah tak lama nak berbuka, pujuk punya pujuk punya pujuk, dia ok balik, dan bila dia puas tgok tv aku ajak dia masuk tidur.. kul 5.30 bangun dari tidur, dia sambung tgok tv. aku plak sibuk dah masuk dapur, piker ape menu hari pertama untuk buka puasa nie, last2 aku masak kari ayam ngan roti jala. abis citer. terangkat beb..huhu




 Tgah sibuk2 aku duk masak, masa tu dah dkat kul 6, damia jenguk dapur buat muka sedih, cakap lapar, dahaga semua ade. kesian plak aku tgok, tp klau tak ajar dari sekarang bila lagi nak ajar dia puasa aku pikir. aku pujuk lagi, dia diam lagi dan sambung lagi tengok tv. dan akhirnya damia boleh bertahan sampai waktu berbuka, dia mintak air tu,dia mintak air nie,semua aku buatkan, kesian aku tgok damia. tapi takpe, maknanya dia mampu dan boleh buat.. Ummi bangga dengan damia.. tapi takdelah setiap hari dia puasa, sampai hari puasa yg ketiga dia mampu bertahan, lepas bua puasa hari ketiga, kerana terlampau banyak minum air milo kegemarannya,tak sampai setengah jam berbuka puasa dia muntahkan semua yg diminum.. Kesian sangat rasa.. Hari keempat aku tak bagi dia puasa, risau plak klau sampai memudaratkan kesihatan diakan.


Aku suruh dia puasa selang2 kalau tak tahan, sebab dia masih dalam proses belajar berpuasa, slow2 takpe.. Ok sampai sini dulu, ummi sayang damia dan darwisy sangat2..