Monday, August 15, 2016

NURDAMIA NAJIHAH TAK SUKA MAKAN, FAKHRUL DARWISY YANG MAKAN APA SAHAJA..

Hai anak2 kesayangan ummi...






Entry nie dah lama ummi nak tulis, tapi tak berkesempatan.. hari nie Alhamdulillah ummi ada masa free cikit, untuk menjengah ke sini n mencoret  serba cikit cerita pasal ragam anak2 soleh solehah ummi  nie... Yang kakak nye jauh beza perangai ngan adik lelakinya... macam2 yerk anak2 ummi nie..




Kakak damia nie lain cikit, ikutkan semua benda dia memilih, susah nak faham apa yang dia suka.. terutama bab makan, punyalah susah nak tengok dia makan berselera dan banyak..bulan puasa baru nie cukup mencabar buat ummi melayan kerenah dia... Alhamdulillah dia berpuasa pada bulan puasa nie, tinggal puasa 4 hari je.. Tapi bila piker bab makan dia, rasa kesihan sangat kat dia, sebab bila berbuka dia cuma minum air dua gelas n makan kuih, tu pun sebiji dua pastu dah taknak, time pergi bazar ramadhan tu bukan main lagi nak beli tu, nak beli nie, mula2 ummi layan kan aja apa dia nak beli, tapi bila time berbuka semua yang dia beli taknak makan, membazir je.. pastu kalau tak paksa makan benda lain, dia dah taknak makan, kadang boleh bergaduh atau bising2 ummi nie marahkan dia, supaya makan banyak sikit.. tak tau ummi nak buat macam mana lagi, padahal apa dia nak ummi ikutkan aje, asalkan makan, last2 tak makan jugak, membazir.. hari seterusnya ummi dah tak layan, mesti beli satu benda, n ummi akan pastikan makan habis benda yang dia beli tu.. Damia, damia naper susah sangat nak makan sayang oiii...






Anak ummi dah pandai selfie sendiri dah, bilalah dia tangkap gambar nie.. elok je moncong nya tu..hihi

Darwisy n atuk.. Dua 2 pinggan duduk depan dia, itu nak, ini nak.. hihi, makan lah adik selagi mahu..
 
 



 Tengoklah darwisy dapat makan, tak ingat benda lain dah, pulak kalau apa yang dia suka..huhu
Damia pulak jenis tak kisah pasal makan nie, pulak kalau benda yang dia tak penah makan, lagilah dia takkan cuba langsung makanan tu.





Berbeza dengan adik Darwisy pulak, adik nie dia suka mencuba, benda yang dia tak penah makan pun, kalau org suap dia ngap je, klau tak sedap baru dia luahkan balik, kalau tak apa saje dia ngap, senang lah kalau bab makan, kalau kakak takkan makan kalau benda tu dia tak penah makan,dia takkan cuba makan.. berbeza betul perangai anak kesayangan ummi nie..


kakak damia buah buahan pun dia tak suka, kalau dia makan pun boleh kira dua tiga jenis buah je, rambutan pun dia tak suka.. Adik darwisy pulak lain, suka sangat makan buah, tak kira buah apa pun, semua dia suka..habis macam mana dia nak buat.


kadang2 satu2 makanan tu dia suka, tapi bila lain kali kita buat atau beli dia tak suka pulak n taknak makan benda tu. macam udang, kadang2 dia suka sangat, sampai berebut2 dengan adik dia, tapi bila lain kali ummi buat lebih n suruh makan banyak2 dia taknak pulak, ummi pun tak faham, sebab tu selalu ummi memang paksa kakak makan, ummi paksa sebab ummi sayang kakak damia.. biasanya budak nie dia tak suka sayur je, benda lain jarang budak2 peringkat umur dia tak suka..


Ummi nak anak2 ummi sentiasa sihat dan mendapat hasiat yang secukupnya, sebabtu ummi paksa makan benda2 yang berhasiat seperti sayur n buah2han.. Ummi risau tengok kakak semakin kurus je badan nya..Ummi harap lepas nie anak2 ummi boleh makan apa2 sahaja yang halal tau. hihi..



MAJLIS AKIKAH DAN CUKUR JAMBUL DHIA AMANDA ANAK ACAN+AINI

Assalamualaikum n salam sayang buat semua...


Pada 17 Sept 2016 baru nie, umah mak mertua ummi ada buat kenduri akikah dan cukur jambul cucunya yang ke 21(bongsu buat masa nie)kehkeh..Kami adik beradik, ipai duai berkampung umah mak dari hari jumaat pagi lagi, prepair barang2 yang nak dimasak pada sabtu pagi tu..  kebetulan jumaat tu hari cuti satu Malaysia, jadi semua anak menantu cuti, bolehlah tolong kat umah mak(cuma kzie je yang takde, k.zie ada kenduri di kuantan Pahang). tak cukup korum jugaklah.. hehe
nie gambar2 time majlis tu, ummi kebetulan ditugaskan pegang bakul , so banyaklah gambar ummi yerk, jangan marah...kehkeh

 Ummi ngan anak dara ummi, dah besar damia..












































Banyak betul gambar yang ummi masukkan, takpelah nie semua untuk kenangan suatu hari nanti. Semoga Dhia Amanda menjadi anak solehah buat mama n papa dan Berjaya dunia dan akhirat.. Aminn