Thursday, December 1, 2016

HERO UMMI ABBI BERKHATAN

Assalamualaikum anak2 kesayangan ummi...


Aduhhh, lamanya tak singgah, huhu.. bizi ckit ujung tahun nie, sabarlah yerk..hehe..

Hari nie nak cerita yang anak ummi Ahmad Fakhrul Darwisy (5 tahun) dah bersunat semalam 30Nov2016(rabu). Bersunat kat Sebuah Klinik di kepong.. Alhamdulillah semua dipermudahkan dan berjalan lancar. Hero ummi nangis ckit je time cucuk bius..
Sebelum bersunat, dia sangat2 tak sabar, asyik tanya je, bila doc. nak sunat dia nie, naper lambat sangat nak sunat nie.. Sabar yerk dikkk, nnt tengok cam mana lepas kena sunat... Bila doc. panggil dia untuk bersunat, berlari adik masuk bilik doc, semangatnya adik...

Adik betul2 stady, rilex je baru lepas sunat,  nangis time kena cucuk bius n time tengok barang2 doc nak guna untuk bersunat, terkejut agaknya abbinya cakap.. bila dah siap,senyum je keluar bilik doc. tak nangis pun.. Anak ummi budak bagus... Doc sini dia jahit, so nanti tak payah datang lagi untuk buka, benang jahit tu akan tertanggal sendiri je..

Sebenarnya ramai jugak yang bising, taknak bagi bersunat lagi, sebab dia orang cakap kecik lagi anak tu, kesian nanti sakit. tapi abbi darwisy berkeras nak sunatkan jugak, ummi follow je yang mana baik, kebetulan darwisy pun semangat nak sunat, so kami teruskan jugak niat tu. Tapi bila dah sunat, pada ummi ada kebaikan jugak bila bersunat time dia kecik nie, salah satu sebab senang nak jaga, nak uruskan dia, dan penjagaan makanan pun senang kita nak kawal, sebab anak kecik dia makan apa yang kita bagi je, kalau anak dah besar nie, yang pandai ambik makanan sendiri, semuanya nak dimakan, taknak  ikut pantang, so nanti lambat baik pulak tempat tu..



walaupun baru je lepas bersunat,sempat lagi anak ummi senyum yerk... macam tak sakit je tu..




Alhamdulillah, terima kasih YA Allah memudahkan setiap urusan kami.. Sangat2 senang jaga Fakhrul Darwisy semasa berpantang.. Hari nie hari kedua, senyap je dia dengan kain tergantung sambil tengok tv, tidur malam pun tak menangis pun, cuma time nak buang air kecik je dia menangis ckit time nak basuh, mungkin pedis kot.. Ummi doakan semoga Anak ummi cepat baik yerk, cepat dapat bermain n aktif macam selalu.. mungkin dia kecik lagi, tu yang kurang rasa sakit.. selamat Berpantang Adik  darwisy.. sayang Anak Ummi.. 

Jumpa lagi..