Monday, October 26, 2015

Damia dah Mula Exam Akhir Tahun.

Assalamualaikum...


Hari nie anak ummi Siti Nurdamia Najihah dah mula exam akhir tahun untuk Sekolah Agama. untuk sekolah kebangsaan dah start hari jumaat minggu lepas lagi.. sepatutnya sekolah kebangsaan start isnin 19/10/2015, tapi Negara kita mengalami Jerebu yang teruk minggu lalu sehingga terpaksa menutup sesi persekolahan, itu yang tertunda sampai jumaat lepas.


Apa2 pun, Ummi sentiasa doakan anak ummi damia dapat jawab dengan baik dan berjaya, doa ummi sentiasa mengiringi mu anakku. Ummi tau damia anak yang bijak, ummi tau damia dah buat yang terbaik.


Peperiksaan pertengahan tahun yang lalu damia dapat kedudukan no 2 dalam kelas,Alhamdulillah. semoga damia akan Berjaya juga untuk peperiksaan Akhir tahun kali ini..