Thursday, February 4, 2016

LAWATAN KE RUMAH ANAK YATIM DI TAMAN PELANGI, SUNGAI DUA RAWANG.

Assalamualaikum.....


Hai semua, hari nie ummi nak cerita kesah minggu lepas, sempena tahun baru cina tahun nie(2016)kawan satu syarikat ummi kerja ade buat kutipan wang untuk didermakan kepada rumah anak yatim yang dipilih, yang buat kutipan nie kawan ummi berbangsa cina, dia yg cadangkan untuk didermakan ke rumah anak yatim berbangsa India yang dekat dengan syarikat kami. Sebenarnya selama ummi bekerja, ini kali pertama atau permulaan yang kami buat kutipan untuk didermakan kepada rumah anak yatim, Alhamdulillah bnyak jugak kutipan yang kami dapat, yang banyak sponser dah tentu syarikat lah kan, tak sangka jugak banyak yang syarikat bagi, so banyak cikit lah barang yang kami dapat beli.


Sebelum pergi kami dah col penjaga kepada rumah anak yatim tu, dia cakap barang makanan dah banyak disumbangkan oleh syarikat2 lain yang datang melawat mereka, so kalau boleh mereka perlukan sumbangan wang untuk digunakan membayar yuran sekolah anak2 yatim tersebut yang masih tertunggak. yelahkan anak2 yatim tu mejoriti bersekolah,memang banyak lah diperlukan untuk membayar yuran. so kami tengok duit yang ade nie pun banyak jugak, kami cadangkan untuk bahagi kepada dua, separuh buat beli barang n separuh lagi bagi cash kepada mereka.. Kami bawa set McD untuk kanak2 makan dan beli sedikit barang keperluan harian kepada mereka seperti, minyak, sabun, kicap, beras, susu, gula, biskut,bihun.. Jom Layan gambar..
Barangan keperluan yang disumbangkan.


Bilik tidur mereka, ini bilik untuk lelaki.

 Ummi tengok mereka pun kesian sangat, seronok mereka tengok kami datang, mereka mesra dan pandai menghormati kami sebagai pelawat.. semoga anda semua tabah mengharungi dugaan ini.
Ini hanya sebahagian dari anak2 yatim tersebut, selebihnya ade yang masih belum pulang dari sekolah.



Tu ade no. tel, kalau sesiapa yang berminat untuk menyumbangkan Sesuatu, silakan. Walaupun kami berlainan bangsa, ape yang kami lakukan semuanya kerana prihatin diatas kesusahan insan lain walaupun berlainan bangsa.
Ini semua staff syarikat yang turut serta dalam lawatan kami ke rumah anak yatim untuk kali ini.

Semoga kami dapat meneruskan bantuan ini untuk masa2 akan datang..
Berat Mata Memandang, Berat lagi bahu Yang Memikul..


Ummi sangat terharu dengan keperihatinan dan sumbangan dari semua, dan berharap ini bukan yang terakhir untuk kita menyumbang kepada mereka yang memerlukan. Walaupun sedikit, tapi ummi masih boleh nampak mereka tersenyum gembira dengan kedatangan kita ke sana. semoga sumbangat ini diteruskan dimasa akan datang...

Semoga bertemu lagi...


MENEBAS, MENEBANG,MEMBERSIH DI KEBUN GETAH AYAH..

Assalamualaikum..


Cerita time cuti bulan 12 tahun lepas(2015). time tu ummi balik kampung seminggu bercuti, kebetulan time tu operasi membersihkan Kebun getah ayah, so sempatlah ummi joint 2 hari ke kebun getah.. Tolong cikit2 je ummi nie, dah lama giler rasanya tak pegang parang menebas, tebas cikit dah mengah rasanya, penat, yerklah dah lama tak buat semua tu, ade dalam 15 tahun rasenya, sbb dah 15 tahun ummi duduk di Bandar.Layan gambar dulu..



 Nie lah k.ros, tukang sediakan bekalan untuk kami.banyak tu nasi goring, datang mnebas ke  datang makan.. kahkahkah
nie semua tengah berhenti rehat sekejap sambil makan n minum, hilangkan dahaga n penat.











Siap bawak bekal lagi tau, best gilerrrr makan ramai2 dalam kebun.. kau aderrrr...hahahaha
Nie ayah ummi, duk gulung rokok daun, berhenti hilangkan penat kejap, biasalah org tua, rokok daun je.





Ini dipanggil hutan belentara yg nak ditebas, bukan kecik2 punya hutan, sebabnye dah lama tak ditoleh dan dipedulikan.. Baru nak start toreh baliklah nie, tu yang kena bersihkan dulu.


Walaupun dah berumur, Alhamdulillah masih kuat dan bertenaga. ayahlah pembakar semangat kami, buat ape2 tetap dialah yang kami rujuk untuk mendapat pendapat.



Akhirnya selepas seminggu bertungkus lumus membersihkan kebun, inilah hasilnya. kebun dah bersih, senang nak menorah n kutip getah. semoga lepas nie k.ros n abe sawo akan menorah dengan lebih istikomah lagi.. hihihi..








 Kami adik beradik  membantu ikhlas takpa minta atau dapat ape2 upah pun tau, semuanya buat dengan seikhlasnya, InsyaAllah.. Akan kuabadikan kenangan ini selamanya..




bye.


Wednesday, February 3, 2016

DARWISY N DAMIA MASUK KEBUN GETAH..

Assalamualaikum.. Selamat pagi


Cerita nie dah lama jugak,tapi ummi nak tulis dalam nie sebagai kenangan anak2 ummi, yerklah anak2 ummi dibesarkan di kawasan Bandar, jarang sekali dapat tengok kebun2 macam nie, sebab tu ummi nie suka bawak dia org ke kebun bila balik ke kampung, sekurang-kurangnya kenal jugaklah batang getah tu macam mana kan. Ummi dibesarkan oleh kedua org tua ummi dengan hasil menorah getah n berkebun, dulu mak ummi memang penoreh getah. Sekarang mak dah tak menoreh lagi, dah diambik alih dengan abang dan kakak ummi. Ummi nak anak2 ummi tau dari mana asalnya ummi, bukan senang nak jadi senang.. Kita kena hargai setiap apa yang ade di sekeliling kita.


 Kebun getah nie sekarang kakak ummi yang menorah,kak ros. So hari tu ummi balik kampung,k.ros ajak ummi pergi kebun getah dia kutip getah, dah banyak hari menoreh katanya, so nak jual, kalau lama sangat getah akan jadi kering dan ringan bila ditimbang.rugilah kan.. So ummi bawak dua2 anan2 ummi, dia org bukan main excited lagi nak g ke kebun, sebab tak penah pergi kan..Hahaha


Dah sampai ke kebun, masing2 lari sana,lari sini. Tapi bila lama sikit dduk dua2 dah bosan terutama damia senyap je tepi motor..hahahah, baru tau yerk. Tergaru2 sebab nyamuk banyak, selama nie tak penah kena nyamuk banyak macam tu yerk..Adik darwisy ok je,darwisy jenis tak kisah,dia suka buat benda2 pelik,suka mencuba, siap tolong lagi kutip getah, tak peduli pun busuk getah kan..Antara Damia n Darwisy memang berbeza,ade perangai tersendiri, Damia nie jenis yang tak suka cuba atau buat benda yang dia tak penah buat atau benda baru.Dia  diam je tepi motor, sia ajak balik lagi.. Ummi buat tak reti je..Betullah org tua2 cakap, lain anak, lain ragamnyakan.. Jom kita layan gambar dia org....









 Tengok muka darwisy duk menahan bau getah, kelakar anak ummi. tapi tetap tak kisah kutip getah yerk.. Kenangan sungguh, bukan senag nak dapat kenangan macam nie, tu yang ummi nak mengabadikan dalam blok nie. Suatu hari bila darwisy dah besar, darwisy boleh baca sendiri apa yang darwisy penah buat time kecik2. Ummi bangga ngan aank2 ummi, sayang kamu ketat ketat. muaahh,muaahh..


Jumpa lagi..bye


Monday, February 1, 2016

KALAU DAPAT BERGAMBAR SELOK... HAHAHA

Assalamualaikum....


Hai, hari nie ummi nak cerita pasal anak2 buah ummi nie, semuanya dah jadi anak dara, muda remaja.. Biasalah budak2, suka bergambar, posing sana, posing sini, tu yang keluar ayat kat tajut tu gitu, memang sesuai untuk dia orang.. hahaha.. Jom layan gambar dia org.. Selok ke tak selok....










Fazi,Suha, Tikah(adik), M.Tam, Haya, Irah,Sawa,
(Mek jangok Sokmo Suriani) n Ana.

ketua dia yang paling depan tu, bila dapat bergambor, takyoh makan takpe, ke guaner fazi...














Semoga keceriaan, kebahagiaan dan hubungaan kekeluargaan ini kekal bahagia selamanya.Aminn