Monday, June 23, 2014

SIBUK DOK BACA BLOG ORANG....

 Hai, Salam pagi selasa yang indah, hari nie 24 jun 2014, maknanya lagi 4,5 hari kita nak puasa... agak lama tak menupdate blog nie.. kekadang takde modal tak tau nak tulis ape dan skarang agak sibuk, bukan sibuk ngan kerja tapi menyibukkan diri macam tajuk diatas, sekarang aku duk sibuk membaca blog orang lain, jadi leka, jadi malas nak up date blog sendiri.. huhu


Sebenarnya baca blog2 dia orang nie pun, boleh mendatangkan idea jugak.. boleh belajar cara penulisan dia orang yang nampak menarik dan ada tarikan tersendiri untuk dibaca. nie klau tulisan memboringkan pun, sape nak baca.. mcm blog aku nie, kalu nak tau takde sape nak baca pun, dan aku tak menharapkan org baca, aku buat blog nie pun cuma untuk kenang2an bila dah tua nanti, mana tau anamk2 aku nnt boleh baca...mmang hakikat aku tak reti nak berbahasa dan ayat mengayat nie.. klau baca mula2 punya entry, teruk bebenor, malu rase nak ngaku blog aku, sbb tu lama berdiam diri mencari ilmu memantapkan diri, kahkahkah.. skarang nie dah ok ckit dan ade keyakinan dirilah utk menulis.sbb banyak membaca blog org lain dan dari situ boleh belajar ckit2 cara penulisan yang betul..


skarang aku dok ralik membaca satu blog nie, www.dapurkakjee.com. aku baru mula baca je... kak jee nie pernah jadi pelakon, wartawan, penulis skrip dan mcam2lah.. menarik sangat blog dia.. blog masakan, pasal artis, pasal macam2 campur plak ngan kehidupan harian kak jee, mmang best blog dia.. sape yang tengok muka dia mesti kenal. tapi sekarang dah tak berlakon lg.. Oklah, sampai sini dulu untuk ari nie. tata.



Thursday, June 19, 2014

KOLESTROL

Hai.. semenjak dua menjak nie.. macam2 penyakit pulak menimpa aku nie.. tak habis dengan gatal2 seluruh badan.. baru2 nie tau plak yang kolestrol dah terlebih dalam badan.. Mau taknye terlebih, makanan langsung tak dijaga, tibai aje ape yang lalu depan mata.. sekarang plak, tempat kerja aku dah dekat dengan pasaraya JJ aka Jaya Jasco yang sekarang namanye dah tukar kepada AEON, tp pada aku nama JJ tetap dihati dan masih mengunakan nama tu sampai sekarang..


Semenjak JJ dekat ngan ofis, memang kerap lunch kat situ ngan kengkawan ofis.. macam2 ade, kita org plak siap bincang n ari2 tukar tempat makan, ari nie g pizza, esok madem lim, selang sari g plak food court, pastu slang sminggu g plak pappa john n tak ketinggalan ke mcd sbb bersebelahan je jgan JJ, memang kerap sangat kesana, apetah lagi mcd lunch time mmang murah setnye, kekadang klau takde kawan nak makan aku g je mcd sesorang bungkus n blik mkan kat ofis.. siap kawan aku cop aku hantu mcd...cam mana tu.. banyak makan benda yang kurang berhasiat dan tak elok utk kesihatan dan akhirnya bila digabung semua dapatlah aku penyakit kolestrol terlebih dalam badan..dan berat badan aku naik mendadak dari dulu 55 sekarang dah jadi 61, g mana2 pun kalau jumpa org yang aku kenal semua tegur cakap aku Nampak gemuk sekarang.. tension gak kadang2..



Thursday, June 12, 2014

AMBIK UBAT (BATUK N SELSEMA MENYERANG LAGI)

Isnin, 9june2014.. g kerja macam biasa, walaupun tekak terasa sangat perit sbb batuk berkahak dah menyerang, selsema pun dah menjengah sama, kepala berat macam ade batu seketul.dan mengantuk mcm org tak cukup tidur, semalam balik kampong temerloh 1 malam je, mlm td sampai umah pun dah lewat mlm, meredah jem yang sangat teruk, tengok ke jem macam musim hari raya, punyalah teruk, dari manalah makhluk2 Allah nie semua..huhu..
berbalik pada cerita, masuk kerja agak lewat(boleh kata hari2 lewat aku nie)..hai nasiblah bos dapat pekerja cam nie.. kepala betul2 terasa berat, nak wat kerja tak senang, msib baik minggu nie mmang minggu rilex ckit, ramai yang ambik cuti, ade yang kawinlah, balik kampunglah, bawak anak2 pergi bercuti pun ade, cuti sekolah kan, banyalah perancangannye..


Dalam hati aku dah berkira2, dlm kul 11 nak g ambik ubat kat klinik panel dekat ngan ofis nie, dan nak mintak mc half day kalau dapat, biasanya klau mc half day senang ckit nak dapat, aku tau sbb dah banyak kali buat.. hihi.. Tp memang buat time sakit + malaslah..time tak sakit ko pergi memang tak dilayannye dek doktor tu..Ok, dengan suara aku yg dah macam ramli sarip nie, memang tekaan aku tepat untuk aku mendapatkan half day mc,haha..Sbelum keluar ofis td pun, bos aku mr.J  dah cakap kat aku suruh mintak cuti half day dari doctor utk balik rehat kat umah, dia takut semua kat ofis berjangkit batuk n selsema dari aku.. Kat klinik plak, doktor siap cakap tekak dah bengkak,merah sangat, demam suhu 37 je tak kuat sangat, selsema biasalah tu pakej diakan.. doktor pesan jangan minum air batu, makanan berminyak jangan makan, makan sup2 je.. aku dah tak piker semua tu, aku piker nak balik carik bantal je, memang mengantuk giler mata nie..


Keluar dari klinik dengan ubat yang selambak tu, aku dah boleh agak,aku takkan makan ubat tu pun, semuanya buat perhiasan kat rumah, dah banyak sangat ubat sebenarnya, cuma taknak makan, macam mana nak cepat baik sakitnya..huhu.. aku ke klinik untuk nak dapatkan mc n boleh balik rehat kat umah,tu je..hihi... Biasanya badan aku nie bila rehat cukup,tidur cukup memang susah nak dapat  demam n batuk nie, dan bila aku dah cukup rehat dan tidur, batuk n selsema pun boleh hilang begitu je,tanpa makan ubat (Badan aku,aku taulah)..magickan.. magiclah sangat...


Abis cerita pasal klinik, aku pun bergerak pulang, dlm kepala terpikir,nak makan ape tengah hari nie.. Sakit sakit jugak, makan jangan lupa, kebulok nnt.. haha.. tak semena2 terpikir satu kedai makan kat masjid rawang tu,makanan boleh tahan, murah pun murah, apelagi  laju je kereta menuju ke destinasi, dalam kepala dah piker baik beli lebih sikit lauk, boleh buat makan malam sekali, senang dah takyah masak aku petang nie.. sampai kat kedai, tengok lauk semua menyelerakan.. aku beli nasi sebungkus, beli lauk ikan goring, sambal ikan bilis goring + fiss ball, paru goring + kentang dan lasak lemak petola, harganya RM11, murahkan sbb banyak jugak satu2 jenis tu aku ambik. so, ape yang doctor cakap tu aku abaikan 100%, semuapun yang bergoreng aku ambik, redho jelah..


Masa beratur untuk bayar makanan tu, dari jauh ku melihat( mcm lagulah plak) uncle cina tu makan ABC,siap ade kacang Tanah hancur tabor atas ABC tu, dengan warna warninya.. memang sungguh menyelerakan ABC tu.. mula2 aku abaikan saje, sbb doktor pesan jangan makan ais batu,sejuk2.. Tapi bila tengok uncle tu makan, jiwa dah meronta tak keruan,dah tokleh piker ape2.. kalau nak tau aku memang hantu ABC atau cendol nie, pantang tengok.. Akhirnya, aku memesan ABC bungkus satu dengan hati gumbira dan lengkaplah ape yang doktor cakap jangan makan, semuanya aku tibai.. hahaha..


Akhirnya baliklah aku ke rumah, dalam kereta dah balum ABC sampai tinggal separuh je.. sampai kat umah kul 12 lebih, letak2 makanan kat dapur terus masuk bilik cari bantal.. kepala memang dah berat sangat, letak kepala terus lelap entah kemana, sedar2 jam dah pukul 4 lebih, lama giler aku tidur smpai terlepas zohor aku hari nie, Allah Muhammad sabar jelah.. itupun tak terus bangun, guling2 atas katil dulu, tapi aku boleh rasakan kepala aku dah rasa ringan sikit, adakah penangan ABC tadi, hahahaha, gilalah....  Aku bangun, lepak2 kejap, pastu siap2 semayang semua pastu g ambik anak kat umah pengasuh aku.. balik ambik anak boleh plak potong2 pokok, cabut2 rumput yang dah menggiler tumbuh kat keliling umah tu, mmang keluarlah peluh aku petang tu dan badah terasa segar cikit, cuma batuk n sakit tekak tak berkurang..hihi.. Ok, itu je cerita aku n ubat2 ku.. tata jumpa lagi..

Tuesday, June 10, 2014

DARAH JENIS APAKAH ANDA....




Darah jenis O - Sosial, Aktif, Yakin

Sifat positif : Bercita-cita tinggi, bersemangat, teguh dan mempunyai keyakinan diri.

Dirujuk sebagai 'pahlawan'. Mereka mempunyai personaliti yang menyerlah dan bakat untuk memimpin orang lain. Kesungguhan dan kejujuran adalah antara ciri-ciri terbesar mereka yang berdarah O. Mereka yang berdarah O mudah mendapat kawan walau dimana sahaja mereka pergi dan mempunyai kemahiran sosial yang besar. Walaupun mereka sentiasa tertanya-tanya tentang banyak perkara, mereka juga jenis yang mudah disukai. Orang yang berdarah O mampu menaikkan mood ceria dalam sesebuah kumpulan dan mengambil peranan sebagai seseorang yang mampu mewujudkan keharmonian dikalangan ahli lain. Ini kerana mereka sendiri adalah seorang yang ceria dan riang.

Orang lain mungkin melihat mereka seperti seorang yang tenang dan terkawal. Kelebihan yang harus dipuji ialah mereka tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau?
Positif tentang masa lampau, oleh itu mereka tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan?
Mereka selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus..

Bagaimana mereka bekerja?
Berkeupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin. Mereka yang berdarah O memimpin secara teliti sehingga ke akar umbi.
Siapa yang berdarah O positif?






Ciri2 diatas untuk sesiapa yang berdarah O positif, seperti akulah.. Ade persamaan jugak dengan ape yang dikata, hihi.. harap2 diri sentiasa berfikiran positif tentang diri,org lain.. Fikir baik2 sudah,tak pening kepala.. Anda bagai mana..

Thursday, June 5, 2014

DEMAM,SELSEMA DATANG LAGI

Hai semua, macam ade ramai sgat kawannye yang menjengah, huhu.. tak kisahlah, asal hati senang.. Cuti sekolah sudang seminggu bermula, anak2 dalam mood demam ngan selsema..huhuhu.. mula2 skali adiknya darwisy demam ngan selsema, bila adik dah ok, jangkit plak pada kakaknya damia, baru 2 hari damia ok, adiknya sekali lagi panas badan demam balik,tp demam waktu malam je adiknnya, siang bukan main aktif lagi bermain, risau plak ummi tgok anak2 ummi nie, nasib baiklah anak2 ummi nie jenis kalau demam pun mmang tak meragam, tak menangis, asyik baring tidur je, Alhamdulillah anak ummi anak yang baik..hihihi... dan akhirnya hari nie demam dan selsema dah mula berjangkit pada ummi plak, kepala dah berat, selsema dah start, semuanya tersumbat je rasa..huwaaa


Harap2 tak melarat teruk sangatlah demam anak2 ummi, cepat sembuh yerk sayang.. hujung minggu cuti nie ingat nak balik kampong, lama tak balik, dah masuk bulan ke dua tak balik kampong,memang terasa lama. so kalau anak2 masih demam tak syoklah nak balik kampong..hihihi


Anak2 ummi sebenarnya jarang sangat nak dapat demam atau selsema nie. tapi bila sekali dah melekat susah plak nak baiknya.huhu... Mungkin sebab sekarang cuaca tak menentu, sekejap panas,sekejap hujan.. itu yang cepat je dapat virus demam nie.. oklah, harap2 anak2 ummi cepat sembuh yerk, Ummi sayang kamu berdua...Mmmuahh,mmuahh.

Wednesday, June 4, 2014

CEPAT SUNGGUH MASA BERLALU

 Pada 2/6/2014 genaplah 3 tahun anak ke-2 ummi bernama Ahmad Fakhrul Darwisy.. Ummi doakan semoga anak-anak ummi Damia dan Darwisy sentiasa dilindungi, diberkati, diredoi, dirahmati olehNYA dan menjadi anak yang soleh,baik, bijak dalam menguruskan hidup untuk dunia  dan akhirat.. InsyaAllah,Amin..


Sungguh cepat masa berlalu, anak2 ummi dah semakin membesar, kakak dah nak msuk 6 thun bln 7 nie, thun depan dah nak masuk darjah satu, adik plak dah 3 thun, thun depan adik(panggilan untuk darwisy) dah nak mula sekolah, walaupun tadika sebenarnya penting untuk membentuk anak2 diperingkat awal, jadi ummi harap ummi dapat bagi yang terbaik untuk masa depan anak2 ummi, walaupun kena berkorban lebih ckit, ummi tak kisah, sbb ummi rasa itu semua mmang tanggungjawab ummi ngan abbi untuk beri yg terbaik dan buat sehabis baik untuk anak-anak. Bila kita dah buat dan beri yang terbaik selebihnya kita cuma berserah dan berdoa agar Allah makbulkan segala yang kita hajati. InsyaAllah.


Pada ummi, kedua2 anak ummi cukup bermakna buat ummi dan abbi, anak2 ummi adalah anugerah yang TERINDAH yang ummi dapat dari YA MAHA ESA.. Ummi bersyukur sangat2 dengan KurnianNYA ini. Ingatlah wahai anak2 ku, kasih dan sayang ummi untuk anak2 ummi takkan berbelah bagi, segalanya untuk kamu. Ummi akan berusaha menjadi ibu yang terbaik untuk anak2 ummi. Buat masa nie baru 2, so curahkanlah kepada keduanya dulu, mana tua sikit masa lagi kalau bertambah, kasih saying ummi tetap sama untuk semua anak2 ummi, tak mungkin berkurang walau sekelumit pun, InsyaAllah..


Sebab tulah, sebolehnya ummi nak penuhi setiap ape yang dihaparkan oleh anak2 ummi(yang boleh diterima akal,hihi).. sebab ummi sayang bangat kamu berdua.. Dan itulah naluri setiap ibu2 yang ade didunia ini sebenarnya, sebolehnya ingin bagi dan buat yang terbaik untuk setiap anak2nya. cuma mungkin keadaan dan waktu tak mengizinkan untuk kita penuhi setiap kehendak dan kemahuannya..


Ummi sentiasa berdoa dan berharap agar ummimampu  menjadi ibu yang baik dan berjaya membimbing anak2 ummi dengan bekalan yang cukup untuk dunia dan Akhirat. InsyaAllah.. Kedua2nya kena seimbangm untuk menjadikan anak2 ummi sentiasa dilandasan yang betul dna diredoi olehNYA...  Mudah2han Allah permudahkan JAlan untuk Kita Anak2  ku.Amin.