Friday, January 7, 2011

JUMAAT.....7 January 2011

Assalamualaikum n Salam tahun baru buat semua sahabat.....
Ari nie dah 7 hari kita mmasuki tahun baru 2011, sekejap jekan masa blalu...angka  umur aku pun dah makin brtambah... harap2 tahun baru memberi lebih sinar dan cahaya kebahagiaan dalam rumahtangga aku InsyaAllah....Hari2 yg berlalu kulalui dengan tabah, Alhamdullillah aku bersyukur kehadratMu yaAllah kerana memberi aku kekuatan dan ketabahan utk mengharungi setiap cabaran dan dugaan hidup dialam rumahtangga ku selama ini. mudah-mudahan aku sentiasa diberi kekuatan olehMu,Amin....sedar tak sedar dah masuk tahun ke4 aku brumahtangga dan alhamdulillah walaupun penuh dengan dugaan aku bahagia disamping suami dan anak tercinta... Onak duri dan kebahagiaan yg ku lalui dalam alam rumahtanggaku menjadikan aku seorang insan yg lebih matang dalam mengharungi alam rumahtangga dengan lebih baik dan sentiasa mempelajari benda2 yg baru dari insan2 sekelilingku yg lebih berumur dan lebih berpengalaman, semuanya cukup bermakna untuk ku jadikan panduan untuk hidup ini... Ku berdoa agar Allah sentiasa kekalkan dan panjangkan jodohku, lindungi keluargaku,berkati hidupku sekeluarga,memberi kebahagian dunia akhirat buat keluargaku dan sentiasa memberi petunjuk buatku sekeluarga menuju kejalanNYA... Amin.... InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment