Sunday, May 15, 2016

SELAMAT HARI GURU 16 MAY 2016

Assalamualaikum....


Hari nie ummi nak  bercerita pasal hari guru yang disambut pada hari nie. sebelum tu ummi nak ucapkan


SELAMAT HARI GURU TERISTIMEWA BUAT GURU-GURU UMMI SEMASA UMMI BERSEKOLAH DI:-


SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA PULAI
TAHUN 1990 HINGGA 1995
DAN
SEKOLAH MENENGAH SEBERANG TEMERLOH(sekarang dah jadi sekolah sukan)
TAHUN 1996 HINGGA 2000 

JASAMU KAN KUKENANG SELAMANYA DAN TIDAK DAPAT MEMBALASNYA WAHAI GURU2KU, HANYA DOA DAPAT KUTITIPKAN BUAT MU GURUKU, 
SEMOGA SEMUA GURU2 KU SENTIASA DIBAWAH LINDUNGANNYA, DAN  RAHMAT,HIDAYAH SERTA KEBAHAGIAAN SENTIASA MENGIRINGI GURU2KU DIDUNIA DAN AKHIRAT..AMINNN, AMINNN...



Tidak dapat dinafikan semasa ummi sebagai pelajar dulu, kemungkinan besar ummi kurang menghargai jasa seorang guru, iya, itu yang ummi rasakan, tapi hari ini, setelah berpuluh tahun berlalu, setelah ummi lalui bermacam2 dugaan hidup, jatuh bangun sebelum menjadi ummi hari ini, manis ataupun pahit yang dilalui, ummi dapat rasakan betapa besarnya pengorbanan guru buat ummi sehinggfalah ummi menjadi ummi hari ini. 


                                                                Terima kasih Cikgu...
 
Apatah lagi sekarang ummi mempuyai anak2 soleh solehah ummi yang perlu ummi bimbing supaya menjadi insan berguna dan berjasa kepada Agama dan Negara, ummi juga mengharapkan GURU2 yang terbaik buat mereka.

Dikesempatan ini juga ummi nak ucapkan Selamat Hari Guru buat Guru-Guru kepada anak-anak ummi iaitu Siti Nurdamai Najihah Mohd Ahzaham(8 tahun) pernah besekolah di Sekolah Pasti Desa Anggerik, Serendah tahun 2012, Sekolah Tadika Cina Millenium Taman Dato'Harun Serendah tahun 2013 dan 2014, Sekolah Agama Annur Kampung Seri Serendah( tahun 2015 hngga sekarang), Sekolah Kebangsaan Serendah (Tahun 2015 hingga sekarang). Buat anak Ummi Ahmad Fakhrul Darwisy Mohd Ahzaham (5tahun) sekolah di Tadika Little Calips Amerel Square Rawang (tahun 2015 hingga sekarang). Ummi doakan semoga guru2 yang membimbing dan mendidik anak2 ummi sentiasa dilimpahi rahmat,hidayah dan keberkatan dariNYA dalam mendidik.Aminnn.

Terima Kasih tidak terhingga buat semua guru2 yang pernah membimbing kami, Jasamu Akan Dikenang...

Jumpa lagi..

No comments:

Post a Comment