Thursday, June 30, 2016

MERIAHNYA MAJLIS BUKA PUASA FAMILY UMMI DI KAMPUNG

Assalamualaikum semua kesayangan ummi....




Hari nie ummi nak cerita pasal Majlis buka puasa kat umah family ummi di kampung pada 18 June 2016(13 Ramadhan) yang lalu.. Seronok memang tak terkatalah kan, yerklah bukan senang dapat berkumpul ramai2 macam tu.. kalau takde majlis ape2 memang susah nak jumpa n berkumpul macam tu.. Majlis berbuka puasa nie tak melibatkan org luar pun, memang anak cucu mak ayah je.. seronok Nye tengok mak n ayah bila semua berkumpul macam tu... itu pun adelah dua tiga kerat yang tak dapat hadir kerana sebab2 yang tak dapat dielakkan.. hihi, redho jelah yerk siapa yang takde tu, jangan jelos bila tengok gambar, gambar korang takde... hahahaha


















Majlis tu dirancang seminggu sebelum kalau tak silap, adik bongsu ummi moksu tikah yang buat pengumuman kat Facebook untuk menjemput anak2 saudara yang berada diperantauan untuk balik ke kampong.. yerk anak saudara ummi semua dah besar2, banyak dah bekerja kat luar ,merata tempat.. hihi, saje je masukkan dalam FB tu, senang sebab mejoriti kaum kerabat ada fbkan, tak je nama dia orang senang..hehe.. majlis tu dihadiri seramai 50-60 orang lebih kurang..


Meriahnya memang tak terkata, seronok sangat bila dapat berkumpul ramai2 gitu, setahun sekali je buat majlis tu. so kalau yang mana takde tu memang rugilah.. Kakak yang duduk kat Kelantan pun sanggup turun temerloh untuk joint kami, setiap tahun bila buat majlis berbuka puasa memang kak salmah dari Kelantan akan balik, samaada dengan anak2 atau dengan suami tercinta, tahun nie kak salmah balik ngan suami je, sebab anak2 semua bizi, lagi pun jauhkan... kak salmah ada cakap dia balik nie sebab time raya dah tak dapat balik jumpa mak ayah, so time nielah kalau nak jumpa n berkumpul adik beradik.. Semoga berjumpa lagi yerk kak salmah n abang sanusi...


Gambar time majlis tu memang banyak, tapi hphone nie ade masaalah tempat pengecas tu, tak boleh nak guna untuk transfer gamba masuk computer,.. takpelah nanti bila dah ada gambar ummi akan masukkan gambar yerk,untuk menjadi kenangan... sebab tu ummi suka ambik gambar, setiap gambar ada kenangan tersendiri.. sangat bermakna... Ummi ada ribuan koleksi gambar keluarga n anak2, semuanya ummi sayang....

















Biarlah gambar yang menceritakan bahawa betapa meriahnya majlis berbuka puasa tempoh hari, tidak dapat digambarkan dengan kata2.. semoga kebahagiaan keluarga besar kami berkekalan dunia akhirat hendakNYA.



No comments:

Post a Comment