Tuesday, July 19, 2016

SAMBUT HARI JADI NURDAMIA N RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2016.

Assalamualaikum n Salam sayang anak2 soleh solehah ummi..


hari nie ummi kurang sihat ckit, dah dua hari kepala berat n sakit, nie dah kurang sikit sbb mlm tadi dapat tidur rehatkan badan awal ckit, kira cukup tidur, hilang sikit rasa sakit nie,, hehe..


ummi nak cerita pasal majlis sambutan hari jadi Damia, anak perempuan kesayangan ummi yg sorang tu. ummi buat ahad lepas 17 July 2016 sehari awal, hari jadi damia 18July..kebetulan jatuh pada bulan syawal, so ummi buat rumah terbuka sekali untuk kawan2 rapat n adik beradik belah suami je, sbb adik beradik ummi jauh di kampong... buat kecik2 je, ummi masak kuah kacang, nasi impit, soto, bihun sup n goreng nugget  n sosej, beli kek sebiji untuk damia potong sempena birthday dia yang ke 8 tahun.. jemputan dalam 60 orang lebih kurang...


skejap masa berlalu, dah 8 tahun ummi menjadi ibu untuk anak ummi nie, maafkan ummi sekiranya ummi bukan ibu terbaik untuk damia n adik darwisy, ummi akan cuba n usaha  perbaiki kekurangan ummi agar dapat menjadi ibu yang terbaik buat anak2 ummi... Ummi sentiasa doakan semoga hidup damia n adik darwisy  dirahmati,dilindungi, diberkati, dan menjadi hamba Allah yang taat dengan segala suruhanNYA, menjadi anak soleh solehah ummi dan abbi, sentiasa mendengar kata dan dicerahkan hati untuk Berjaya menimba ilmu dunia akhirat serta menjadi ahli syurga di akhirnya,
Aminn,aminn..


Salam sayang dari ummi buat anak2 kesayangan ummi.. Ummi saying anak ummi ketat2.. muahhhh, muahhhh


No comments:

Post a Comment