Wednesday, May 28, 2014

NAJIS

Bila bercakap soal najis, kita mengambarkan sesuatu yang kotor dan jijik... taik kcing jugak adalah najis, apatah lagi taik org, jijik betul bila piker..kihkihkih. tapi hari nie aku bukan nak cerita pasal taik.. Hari nie aku nak bercakap soal NAJIS DADAH..  Dengar pun takutkan, mudah2han dilindungi olehNYA dan  dijauhkan berlaku dalam ahli keluarga kita, kaum kerabat kita, saudara mara kita dan sahabat handal kita dan org2 yang kita kenali.. Dimana2 negeri pun kita boleh dengar pasal najis dadah, cukup berleluasa, macam benda best plak bila dipikirkan... Alhamdulillah buat masa nie keluarga ku dan insan2 tersayang disekelilingku masih lagi dilindungi dari terjebak pada benda itu, mudah2han dijauhkan hendakNYA.


 Bila dengar, org yang kita kenali,sahabat kita mungkin atau sesiapa sahaja yang terlibat dengan benda tu, aku sentiasa terfikir. Ape yang diaorang fikirkan dan ape yang dia orang nak bila terjebak dengan benda tu. Takde ape kebaikan langsung yang boleh terfikir bila kita ambik atau guna benda najis tu.Adakah keseronokan dicari?? menghilangkan tension?? hilangkan masalah kerja yg tak penah abis?? masaalah rumahtangga atau keluarga pada lelaki yg dah kawin tu?? Ape,ape yang dicari sebenarnya. Adakah yang mana terlibat dengan benda tu semuanya bodoh2, takde akal, takde perasaan dan yang tak boleh piker pasal AGAMA, keluarga, anak bini?? Adakah langsung takde pegangan agama,Nauzubillah.. Semuanya berperang dalam kepala aku dan mempunyai jawapan yang sangat kabur dengan semua soalan yang bermain. Maaf, aku agak beremosi bila bercakap pasal benda nie..


Setiap kali dengar kat tv, atau org sekampung atau org yang dikenali yg ditangkap pasal najis nie, perasaan marah,geram dan sedih bercampur.. Apatah lagi bila fikirkan tentang isteri atau anak2 mereka.. Tidakkah terfikir dibenar mereka, segalanya hancur bila seseorang tu terjebat dengan najis tu.. Tidakkah terfikir masa depan anak2 akan hancur, dan mungkin juga rumahtangga yang dibina atas dasar cinta juga boleh hantur hanya kerana itu??


Aku dapat merasakan betapa sakitnya hati isteri pesalah itu, aku seperti dapat gambarkan perasaan isteri pesalah itu yang mungkin betapa hancurnya hatinya bilamana suami yang diharap dan dipercaya selama ini sanggup membuat begitu.. Aku hanya berharap dan berdoa semoga isteri2 yang terpilih dengan dugaan yang hebat ini agar kuat,tabah dan sabar dengan dugaan Allah ini. Mungkin ade hikmah disebalik sesuatu yang berlaku.. Wallahualam..

No comments:

Post a Comment