Wednesday, May 21, 2014

Tenang dan Damai



Assalamualaikum... Tenang, damai, hanya itulah ungkapan yang boleh diucapkan bila hati teringat mak,ayah dan kampung halaman... hari nie aku nak cerita cikit pasal kampung halaman aku yg dah lama aku tinggalkan semenjak aku melangah keluar ke Bandar  sekitar 14 thun yang lalu... cewah,skema ayat... tapi walaupun dah lama keluar dari kampung dan merantau ke Bandar berkerja, dan sekarang sudah berkahwin dengan org Bandar(menjadikan sebab lebih kuat kenapa aku terpaksa tinggal dibandar), tetapi kampung halaman tetap dihati, setiap bulan mesti balik ke  kampung menjengah mak dan ayah..kalau tak dapat balik kerana sebab2 tertentu, hati jadi gelisah dan tak tenang,, dasyat tu.... mudah2han peluang sentiasa ada dan diberi untuk aku pulang kekampung walau selama mana pun aku akan tinggal di Bandar nie.. Tinggal dibandar bukanlah salah satu impian aku yang sebenar.kalau diberi pilihan antara Bandar dan kampung, sudah semistinya akan ku memilih kampung halaman ku, tetapi ini adalah perjalanan hidup ku, tak semua ape yang kita nak akan kita dapat dengan mudah, tp suatu hari mana tau, dah tua2 nnt,dah takde kerja nak buat kat Bandar nie, mungkin berpeluang membina hidup baru dikampung.. buat masa nie, kalau tengok kepada keadaan dan masa, memang di Bandar yang penuh kesesakan inilah tempat ku.. tapi dimana jua kita berada, kita akan dapat tenang dan bahagia bila kita dikelilingi insan2 yang tersayang. suami,anak2 adalah kekuatan ku untuk terus menapak di Bandar ini... huhuhu...


        Kampung aku diberi nama kampung bachap, yang teletak di Daerah Maran, Bandar Temerloh Pahang..Kampung ku yang dulu sebuah perkampungan yang agar pendalaman dan terpencil. itu mungkin 15,20 thun dulu..  tp skrang iyanya berubah jawah, klau dulu hanya 10, 15 buah rumah sahaja yang dikelilingi pokok buah2han, skarang banyak rumah@ yang baru n cantik2 tlah dibina oleh anak cucu penduduk2 kampung ku..Bila hari raya tiba, suasana lebih meriah sebab yang mana jauh2 semua balik berhari raya dikampung, mmang seronok,. dah ramai anak2 kampong aku tu yang Berjaya dan ade kedudukan  sendiri,tapi masih balik kampong bila ade waktu terluang. Alhamdulillah.. dan bila jarang2 jumpa, bila dah jumpa macam2 citer keluar untuk mengimbau kenangan lalu..

No comments:

Post a Comment