Thursday, February 4, 2016

LAWATAN KE RUMAH ANAK YATIM DI TAMAN PELANGI, SUNGAI DUA RAWANG.

Assalamualaikum.....


Hai semua, hari nie ummi nak cerita kesah minggu lepas, sempena tahun baru cina tahun nie(2016)kawan satu syarikat ummi kerja ade buat kutipan wang untuk didermakan kepada rumah anak yatim yang dipilih, yang buat kutipan nie kawan ummi berbangsa cina, dia yg cadangkan untuk didermakan ke rumah anak yatim berbangsa India yang dekat dengan syarikat kami. Sebenarnya selama ummi bekerja, ini kali pertama atau permulaan yang kami buat kutipan untuk didermakan kepada rumah anak yatim, Alhamdulillah bnyak jugak kutipan yang kami dapat, yang banyak sponser dah tentu syarikat lah kan, tak sangka jugak banyak yang syarikat bagi, so banyak cikit lah barang yang kami dapat beli.


Sebelum pergi kami dah col penjaga kepada rumah anak yatim tu, dia cakap barang makanan dah banyak disumbangkan oleh syarikat2 lain yang datang melawat mereka, so kalau boleh mereka perlukan sumbangan wang untuk digunakan membayar yuran sekolah anak2 yatim tersebut yang masih tertunggak. yelahkan anak2 yatim tu mejoriti bersekolah,memang banyak lah diperlukan untuk membayar yuran. so kami tengok duit yang ade nie pun banyak jugak, kami cadangkan untuk bahagi kepada dua, separuh buat beli barang n separuh lagi bagi cash kepada mereka.. Kami bawa set McD untuk kanak2 makan dan beli sedikit barang keperluan harian kepada mereka seperti, minyak, sabun, kicap, beras, susu, gula, biskut,bihun.. Jom Layan gambar..
Barangan keperluan yang disumbangkan.


Bilik tidur mereka, ini bilik untuk lelaki.

 Ummi tengok mereka pun kesian sangat, seronok mereka tengok kami datang, mereka mesra dan pandai menghormati kami sebagai pelawat.. semoga anda semua tabah mengharungi dugaan ini.
Ini hanya sebahagian dari anak2 yatim tersebut, selebihnya ade yang masih belum pulang dari sekolah.



Tu ade no. tel, kalau sesiapa yang berminat untuk menyumbangkan Sesuatu, silakan. Walaupun kami berlainan bangsa, ape yang kami lakukan semuanya kerana prihatin diatas kesusahan insan lain walaupun berlainan bangsa.
Ini semua staff syarikat yang turut serta dalam lawatan kami ke rumah anak yatim untuk kali ini.

Semoga kami dapat meneruskan bantuan ini untuk masa2 akan datang..
Berat Mata Memandang, Berat lagi bahu Yang Memikul..


Ummi sangat terharu dengan keperihatinan dan sumbangan dari semua, dan berharap ini bukan yang terakhir untuk kita menyumbang kepada mereka yang memerlukan. Walaupun sedikit, tapi ummi masih boleh nampak mereka tersenyum gembira dengan kedatangan kita ke sana. semoga sumbangat ini diteruskan dimasa akan datang...

Semoga bertemu lagi...


No comments:

Post a Comment