Thursday, February 4, 2016

MENEBAS, MENEBANG,MEMBERSIH DI KEBUN GETAH AYAH..

Assalamualaikum..


Cerita time cuti bulan 12 tahun lepas(2015). time tu ummi balik kampung seminggu bercuti, kebetulan time tu operasi membersihkan Kebun getah ayah, so sempatlah ummi joint 2 hari ke kebun getah.. Tolong cikit2 je ummi nie, dah lama giler rasanya tak pegang parang menebas, tebas cikit dah mengah rasanya, penat, yerklah dah lama tak buat semua tu, ade dalam 15 tahun rasenya, sbb dah 15 tahun ummi duduk di Bandar.Layan gambar dulu..



 Nie lah k.ros, tukang sediakan bekalan untuk kami.banyak tu nasi goring, datang mnebas ke  datang makan.. kahkahkah
nie semua tengah berhenti rehat sekejap sambil makan n minum, hilangkan dahaga n penat.











Siap bawak bekal lagi tau, best gilerrrr makan ramai2 dalam kebun.. kau aderrrr...hahahaha
Nie ayah ummi, duk gulung rokok daun, berhenti hilangkan penat kejap, biasalah org tua, rokok daun je.





Ini dipanggil hutan belentara yg nak ditebas, bukan kecik2 punya hutan, sebabnye dah lama tak ditoleh dan dipedulikan.. Baru nak start toreh baliklah nie, tu yang kena bersihkan dulu.


Walaupun dah berumur, Alhamdulillah masih kuat dan bertenaga. ayahlah pembakar semangat kami, buat ape2 tetap dialah yang kami rujuk untuk mendapat pendapat.



Akhirnya selepas seminggu bertungkus lumus membersihkan kebun, inilah hasilnya. kebun dah bersih, senang nak menorah n kutip getah. semoga lepas nie k.ros n abe sawo akan menorah dengan lebih istikomah lagi.. hihihi..








 Kami adik beradik  membantu ikhlas takpa minta atau dapat ape2 upah pun tau, semuanya buat dengan seikhlasnya, InsyaAllah.. Akan kuabadikan kenangan ini selamanya..




bye.


No comments:

Post a Comment