Wednesday, September 21, 2016

MAJLIS KAWIN ANAK SAUDARA MOHD ZAIDI MAT LUDIN

Assalamualaikum n selamat petang buat anak2 kesayangan ummi abbi..


Semoga anak anak soleh solehah ummi sentiasa dibawah lindungan dan keberkatanNYA selalu.. Lama ummi tak up date blog nie, sibuk dan macam2 kejadian berlaku sebulan dua nie. nantilah kalau ada kelapangan ummi ceritakan, sebab tu ummi tak sempat langsung menjengah ke sini, kerja pun berlambak, nie je ada masa sikit, sempatlah ummi singgah kejap kesini sebelum balik.


 Hari nie ummi nak update cerita pasal majlis  kawin n bertandang anak-anak saudara ummi. banyak sangat gambar-gambar kenangan, rugi rasanya kalau ummi tak masuk dalam nie, semuanya akan jadi kenangan suatu hari nanti..


Pada 13 Ogos 2016, adalah hari bertandang/belarok ke rumah pengantin perempuan di Sabak Bernam, Kuala Selangor, untuk pasangan Mohd Zaidi Bin Mat Ludin(anak saudara ummi).
Gerak pukul 8.30pagi sampai dirumah home stay pukul 10.30pagi, 2 jam perjalanan lebih kurang. kat homestay tu memang dah ada mak ayah ummi,mak ayah pengantin lelaki, adik beradik pengantin yang sampai petang semalam lagi untuk majlis akad nikah, dia orang tidur di situ, home stay tu pihak pengantin perempuan sediakan. Dah sampai,Tunggu kat rumah tu sampai pukul 12.30-1.00 tgah hari untuk tunggu pengantin ke home stay sebelum sama2 ke dewan tempat majlis bersanding pihak pengantin perempuan. dekat je sekangkang kera dari umah ke dewan,kihkih..


Kenduri sambut menantu untuk belah pengantin lelaki diadakan pada 20 ogos 2016 di Caruk Puting, Temerloh Pahang, selang seminggu selepas kenduri belah pengantin perempuan..Jom kita layan gambar yerk..



Gambar kat atas nie sebelum bertolak pergi kenduri umah pengantin perempuan, pagi tu sempat lagi ke rumah k.ija, sebab kakak2 dari kampung dah lama tak jumpa ngan k.ija. umah anak saudara umi.. K.ija kakak ipar ummi. 


 
 
 
 
 
 
 


 
 




 baju biru nie semasa kenduri di rumah pihak pengantin perempuan di Sabak Bernam.












 gambar nie di rumah pengantin lelaki di temerloh.. Dekorasi meja makan, dan perhiasan belakang semua dibuat oleh adik ummi, tikah, dia deko sendiri.



Ummi kena bertugas di khemah bubur kacang+nangka.. hehe laku keras, semetar je habis bak hang.. hihihi



Selamat pengantin baru ummi ucapkan buat pasangan Mohd Zaidi dan Atikah, Ummi doakan semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan dunia akhirat, dan  keberkatan, kesefahaman serta kebahagiaan sentiasa mengiringi perjalanan rumahtangga mu dunia akhirat serta dikurniakan anak-anak yang soleh solehah hendakNYA.. Aminn



No comments:

Post a Comment