Wednesday, September 28, 2016

BULAN 9 , BULAN KELAHIRAN UMMI (7 SEPT)

Assalamualaikum anak akan kesayangan ummi.... semoga sentiasa sihat dibawah lindunganNya sentiasa..Aminn


Entry nie dah lama ummi nak tulis, tapi tak berkesempatan untuk singgah disini.. hari nie agak free, so ummi singgah kejaplah... Bukan nak tulis apa pun, cuma saja nak mencoret cikit pasal bulan istimewa untuk ummi nie, hehe..


Bulan 9, bulan kelahiran ummi (7 Sept) dah semakin sikit umur ummi nie sebelum ummi dijemput ilahi, sebelum ummi dijemput, ummi mengharapkan dan mahukan kehidupan yang penuh keberkatan untuk  membawa bekalan kesana nanti..Semoga Allah sentiasa memberi peluang untuk ummi menjadi hambaNYA yang lebih bertakwa dan taat dengan segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA..




Di kesempatan ini ummi nak ucapkan terima kasih buat semua sahabat2 alam maya ummi, terutama sahabat FB diatas ucapan hari lahir ummi tempoh hari, tak terbalas satu persatu, semoga hidup kita semua sentiasa dibawah lindunganNYA dan sentiasa dirahmatiNYA..


Terima Kasih yang tak terhingga terutama sekali buat IBU ummi yang melahirkan ummi pada tarikh itu, lahirnya ummi ke dunia kerana mak, maklah yang patut dapat ucapan itu semua, kerana perjuangan mak lah lahirnya ummi ke dunia.. Terima kasih MAK AYAH, siti sentiasa doakan semoga mak ayah sentiasa dibawah lindunganNYA, diberkatiNYA, Dirahmati olehNYA, dan dikurniakan kebahagiaan berterusan buat mak dan ayah disamping anak cucu... terima kasih tak terhingga diatas setiap titis peluh yang keluar dari keringat mak ayah untuk membesarkan kami adik beradik, tidak termampu untuk kami membalasnya, pengorbanan mu terlalu besar buat kami.. siti sayang mak ayah selamanya, Mak ayah ada tempat yang teristimewa dalam hati siti....













No comments:

Post a Comment