Thursday, January 14, 2016

Perjumpaan Ibubapa dan Guru di Sekolah Darwisy (Little Calips)

Assalamualaikum n salam sayang buat anak2 ummi semua....


Hari nie ummi terlambat bangun, sedar2 jam dah puku7.10, terkejut yang amat.. bergegas bangun kejutkan anak (Damia) sebab hari nie ade peperiksaan untuk akhir tahun, suruh dia cepat2 mandi,ummi plak solat subuh (solat subuh gajah namanya)..


Damia tgah bersiap2, ummi kejutkan Darwisy plak, suruh mandi n pakai baju sementara ummi g hantar Damia ke Sekolah dulu, nnt baru balik bersiap ke tempat kerja n hantar darwisy ke sekolah plak..Sabar jelah, bila dah terbangun lambat nie, semua kerja akan jadi kelam kabut. Balik hantar damia dari sekolah, ummi bersiap2 ke tempat kerja plak, kebetulan hari nie ade perjumpaan ibubapa dan guru di sekolah Darwisy, nak bercakap pasal prestasi anak umi yang sorang nie
 sbb dah setahun sekolah kan. pukul 8 lebih baru keluar rumah.


Perjumpaan bermula pukul 9pagi, dah seminggu cikgu tampal jadual untuk pilih pukul berapa kita pilih untuk berjumpa dengan dia,setiap ibubapa diberi masa 10minit setiap seorang, boleh lah Tanya ape2 kalu ade kemuskilan pasal anak kita. dan ummi telah memilih waktu paling awal iaitu pukul 9.00-9.10 pagi. So pukul 8.45 ummi dah sampai kat sekolah, cikgu cakap boleh mula terus, panjang ckitlah ummi boleh berborak ngan cikgu darwisy 8.45-9.10pagi, untung ummi ambik waktu paling awal,ade kelebihan disitu. hihi


Alhamdulillah, Darwisy dapat guru yang sangat baik, terima kasih cikgu kerana mendidik anak saya.
Kata cikgu darwisy dalam lingkungan top 5 dalam kelas, Alhamdulillah. Walaupun kat rumah darwisy memang jarang mengadap buku.main,main,main.hehe. Ummi bukan ape, bukan taknak paksa darwisy baca buku, cuma ummi rasa dia terlalu kecik untuk ummi paksa dia buat itu dan ini, dan ummi jugak taknak paksa dia belajar dalam keadaan tertekan. Ape2 pun ummi bangga dengan prestasi darwisy, walaupun 4 tahun, banyak benda yang darwisy dah tau dan dah pandai fikir sendiri mana baik dan buruk sesuatu perkara.







Kata cikgu lagi, darwisy agak kasar n lasak kat sekolah,tapi manja juga ngan cikgu dia. Darwisy tak suka berkawan dengan pelajar perempuan( anak ummi nie pemalu dengan perempuan yerk). Kadang2 cikgu cakap ade jugak darwisy kena denda kerana nakal dan taknak dengar cakap cikgu. Ummi izinkan cikgu denda darwisy bila darwisy buat kesalahan, pada ummi cikgu adalah seseorang yang sangat rapat dengan anak2 kita selain ibubapa, dan cikgu juga boleh mempengaruhi pemikiran anak2 kita atau membentuk anak kita tu selain kita. sebab tu ummi memberi kepercayaan sepenuhnya kepada guru2 ank2 ummi untuk mendidik dan membimbing anak2 ummi menjadi insan berguna kepada Agama,Bangsa dan Negara kelak.

Ummi sentiasa doakan Darwisy Berjaya dalam menimba Ilmu untuk Dunia dan Akhirat..Aminn.

No comments:

Post a Comment