Wednesday, January 6, 2016

SEHARI BERSAMA KELUARGA DI BUKIT TINGGI 31 OCT 2015 - 1 NOV 2015

Assalamualaikumn salam sayang anak2 ummi....


Dua hari lalu pada sabtu, ummi sekeluarga bergerak ke Bukit tinggi, Pahang.. saje jalan2 bawak anak2. dah sebulan lalu merancang untuk pergi ke sana, ummi nie walaupun asalnya org Pahang, tapi tak pernah sampai lagi ke Bukit Tinggi, sedih bunyinye kan. hihihi


Bila berkesempatan untuk kesana, sbulan sebelum pergi ummi dah godek2 dlm blog tempat2 yg menarik di sana, baca pengalaman2 org yg pernah sampai kesana mcam mana, ok ke tak bercuti disana. tgok kepada pengalaman sahabat2 blog semuanya kata tempatnya menarik untuk dilewati. Bertambah berkobar2 lah ummi nak kesana. 2 minggu sebelum kesana, ummi dah book hotel untuk satu malam, dengan harga rm288 satu malam, tengok keadaan hotel ,berbaloilah dengan harga, biliknya agak luas, kelengkapan cukup, free breakfirst utk 2 dewasa n 2 kanak2, makanan time brekkfirst pun sedap sangat2.. tiket masuk free untuk 2 org, tu pun kalau anda menginap di hotel tulah. tapi samapi kat guard korang kena bayar dulu, lepas tu claim balik dekat lobi hotel bil nak cek in hotel. ummi bawak anak ummi 7 tahun dan 4 tahun, tiket dia cas satu org je yg 7 tahun, 4 tahun tu free. kiranya masuk umah jepun n taman  dekat umah jepun tu free jelah.. Tapi kalau nak pakai baju jepun tu, kena bayar yerk(bukan free). RM20 untuk 10 -15 minit gitu, memandangkan bukan selalu boleh g kesana, ummi merasa jugaklah pakainya, hihi..(jangan jelos)..


Kami bergerak dari rumah di Serendah,Selangor pada pukul 11.30 pagi, singgah makan tengah hari di batang kali terlebih dahulu, meneruskan perjalanan mengikut jalan genting menuju bentong. Bukit tinggi sebenarnya tak jauh sangat sebab dalam pukul 1.30 kami dah boleh sampai di bukit tinggi.emang ramai sangat org /pelancong luar n dalam... sampai2 daftar n terus dapat bilik sbb bilik dah kosong, naik hantar barang n solat zohor.. lepas simpan barang terus turin untuk jelajah tmpat menarik kat sana, kena ikut jadual sbb masa tak banyak, esok ade program lain plak( esokkan punya program lain entry ummi cerita yerk).







Bincang2 ngan cik suami,kami cadang pergi ke rumah jepun n taman botanic dulu(dua tempat nie dekat2) lagipun dua tempat tu tutup pukul 5.00 lebih kurang, so kena kesana dulu.. Kita ada 2 cara nak kesana, samaada nak naik kenderaan yang disediakan atau bawak kereta sendiri, suka hati uolls lah kan. kita org mmang bawak kereta sendiri, sbb malas nak menunggu2, lagi pun dekat je tempatnya..


sampai kat sana, rupanya kena menapak naik bukit pulak nak samapi je rumah jepun tu, sbb kenderaan tak boleh naik sampai keatas rupanya, boleh tahan jugaklah penatnya, sebab mendaki bukit kan.. hihihi, tapi  oklah, berbaloi jugak bila tgok ke tempat dan pemandangan alam semula jadi kat atas tu, gambar tak ingat punya banyak ambik, nnt umi upload yerk.kawasan rumah Jepun memang cantik dengan pemandangan air terjun kecik n kolam ikan, memang menyejukkan mata, tenang je rasanya.. sempat ummi pakai baju jepun, posing2 ala2 gadis jepun gitu.. hahaha, alag sampai kan bila lagi nak merasa.. kat atas tu pun ade kedai  cenderamata( mcam kedai runcitlah) tak ingat punya mahal barang dlm tu, air kosong botol kecik rm3 sebotol( so pandai2lah bawak air sendiri yerk. Ummi cuma beli ais krim biasa je sebtang rm2( klau kat luar rm1 kot). air mmang ummi dah siap2 beli dari serendah lagi sbb dah tau kat sana harga mahal ckit.


siap melawat diatas kami menapak turun plak ke tempat parking kereta, turun2 jam dah pukul 5 lebih, so kami cadang nak melawat kawasan sekitar hotel yang mempunya reka bentuk yang sangat menarik(reka bentuk bangunan perancis). memng lain dari tempat lainlah, kawasan sekitar yang sangat cantik, udara yang nyaman, walaupun taklah sebesar mana kawasannya, tapi memang tenang je tempatnya. kami sempat tengok angsa dlm kolam bawah jambatan. seronok anak2 ummi. dah luangkan masa dalam sejam kawanan hotel, lami naik ke bilik, tukar baju untuk mandi kolam( swimpool), layan anak2 ummi nie je, ummi tak mandi pun, punyalah ramai org, malu nak mandi. seronok sangat anak2 ummi dapat mandi kolam, yang si kecik tak mudah jugak lasaknya tu, penat ummi mengawal, yelah kan walau pun ramai, kita tak boleh leka, budak2 nie faham jelah lasaknya macam mana kan. airnye tak ingat punya sejuk, mengigil anak2 ummi, sampai naik biru bibir, tu pun tak nak naik.. mandi sampai kul 6.30, kami naik bilik, mandi dalam bilik plak, ade tab mandi, seronoklan anak2 ummi main air.







lepas mandi,solat n dehat sekejap, kami nak turun makan plak, nak dijadikan cerita, bila abbi buka pintu anak2 ummi dah meluru keluar, kebetulan bilik yang kami dapat dekat sangat dengan lift(keluar pintu bilik terus pintu list) Anak ummi si Darwisy terus tekan lift dan kebetulan pintu lift terus terbuka,dia masuk dan pintu lift terus tertutup, tak sempat kami nak tahan, darwisy dah tersekat kat dalam, ummi punyalah penik, abbi lagilah bising aje. kami menunggu agak lama, bila lift yg darwisy naik tu terbuka balik di tingkat kami, darwisy dah takde dalam tu.(Pengalaman yang sangat takut ummi lalui,walaupun air mata masih tak keluar, sebab takut suami marah pulak kalau kita dduk melalak kat situ kan, ummi ngan abbi mencari di setiap tingkat sampai ke parking,semuanye tak jumpa, setiap kali jumpa pekerja hotel kami Tanya( tapi takde org nampak) masa tu air mata dah tak boleh tahan dah, kakaknya dah meleleh2 air mata, risau adik hilang, dalam dduk mencari2 di setiap tingkat, kami turun ke parking  bawah, terserempak denangan pekerja hotel, kami Tanya dia, dan rupanya darwisy dah dihantar ke lobi hotel sebab dia jumpa darwisy keluar lift dan menangis2, tertapa leganya masa tu, sampai tak terkata ape2, terus berlari2 ke lobi smbil air mata tak berhenti turun. Sampai lobi pekerja hotel tu cakap, supervisor dia bawak darwisy pusing kat luar sambil mencari kami, kami ke kawasan luar, dari jauh Nampak darwisy didukung oleh seorang pekerja hotel, menangis2 sampai teresak2 darwisy atas dukungan tu, dia takut sangat, ummi ambik sambil menangis2 ngan ummi sekali sambil ucap terima kasih kat pekerja hotel tu. (semuanya kecuaian kami juga sebagai ibubapa, leka  n tak kawal anak2 dengan sebaik mungkin). satu pengajaran untuk kami.




Darwisy punyalah serik, lepas pada tu, kuranglah cikit lasaknya,dengar cikit ape ummin abbi cakap, kalau tak bukan main lagi dia... hadoiii anak teruna ummi abbi nie, buat kami panik je.. lepas selesai semuanya, kami keluar makan kat luar, kami tak makan area hotel, sebab mahal . Abbi berborak dengan pekerja di hotel tu , sodia org cakap g makan kat kuarters pekerja yang tak jauh dari situ, murah ckit. So kami pergi makan area kuarters tu memang murah, kami makan nasi putih 3,sup ekor,tomyam campur, ayam goring kunyit, khailan goring, telor dada, air tehoais laici 2,nescefe panas 1,rm34.murahlah bagi ummi. Habis makan, kami balik ke hotel, melayau2 bahagia bawah hotel, tebetulan hujan renyai2 malam tu, so tak banyak aktiviti boleh buat, cuma sempat tengok show yang ditayangkan, perempuan lelaki joget2, layan anak2 main game sekejap,sama mcam game yang ade di Tesco, aeon, guna token. habis main balik bilik pun dah pukul 10 lebih. Badan dah penat,ape lagi, tidurlah.








Keesokkan pagi nya bgun solat, lpas tu lepak2 dlm bilik, anak2 masih terbongkang tidur. Pukul 8 bangun mandi, pukul 9.30 jugak bersiap2 kemas barang untuk turun breakfirst n terus cek out sebab ade destinasi seterusnya kami nak pergi. Sarapan dia sangat sedap, macam2 makanan di sediakan, memang kenyanglah kami sekeluarga, lepas hantar kunci bilik di lobi ,kami melangkah turun, tapi sempat lagi singgah di Rabbit park(zoo kecik lah dikatakan). binatang yang ade pun arnab ngan rusa n kuda je.kena bayar rm4 setiap seorang, oklah tu, boleh main ngan arnab,pegang2 arnab,rusa.ade jugak playground untuk anak2 ummi, sempatlah dia org main dalam 20 minit. lepas habis main, kami terus meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya iyaitu RIVERSIDE janda Baik, nak g mandi pulak kat itu, net antry yerk ummi cerita pasal janda baik.


Oklah, bye
semoga jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment