Wednesday, March 16, 2016

CARPAL TENNEL SYNDROME

Assalamualaikum n selamat pagi semua...


Hari nie ummi nak cerita pasal Carpal Tennel.. Carpal Tennel nie sakit yang melibatkan pergelangan tangan. Sakit nie biasa terjadi kepada orang yang selalu bekerja aktif menggunakan tangan, seperti menaip, menulis, penggunaan mause (kedudukan tangan tak betul semasa buat kerja) + lagi guna handphone 24 jam kat tangan...ummi sebenarnya tak tau pasal penyakit ni.. tapi bila ummi sendiri asyik sakit pergelangan tangan,ade timbul benjolan bengkak kat tangan, tak boleh menulis lama2, tak boleh menaip, tak boleh angkat benda berat,lama2, pergelangan tangan jadi sakit,  ummi pun pergi jumpa doctor. 2 orang doc yang ummi pergi.




 Doc sorang tu kat klinik panel ummi, dia cakap ummi kena (CTS),doc tu bagi ubat, bila makan ubat sakit kat tangan tu hilang, tapi bila berhenti makan ubat, dua tiga hari lepas tu tangan sakit balik,keluar balik benjolan. Tak banyak penerangan dari doc pertama yang ummi jumpa. doc tu cadangkan untuk beri suntikan kat pergelangan tangan, sbb dia ckp ubat makan tu memang untuk ubat tahan sakit n sementara je sifatnya. Sakit tu akan datang balik..huhu.kalau suntik pun tak jalan doccakap memang kena buat operation... so ummi pun terimalah cadanganya untuk ambil suntikan kat pergelangan tangan.. time ummi nak g buat suntikan tu memang tangan tengah sakit dan ade benjolan/bengkak pada pergelangan tangan ummi.. Bila dah suntik tu, terus tak rasa sakit tangan ummi, dan bila malam tu memang Nampak surut bengkak pada pergelangan tangan. Doc cuma cakap jangan buat kerja banyak2, jangan angkat benda berat, tangan biar banyak rehat n relex..


Masaalahnya kerja ummi kat ofis memang menulis n menaip je kerjanya, memang melibatkan tangan kesayangan ummi nie. tapi untuk dua hari selepas suntikan, ummi memang tak banyak buat kerja, kat ofis pun ummi tak buat kerja sangat, tangguh dulu.. risau jugak, walaupun tak terasa sakit time buat. hari nie dah cukup sebulan lebih kkurang selepas ummi buat suntikan. ummi rasakan macam masaalah pergelangan tangan ummi masih belum seleesai lagi, sebab Nye masih ade sedikit bengkak(sikit jelah) di pergelangan tangan, walaupun dah tak sakit macam sebulan yang lalu, tapi bila buat kerja banyak sikit, tangan rasa tak selesa, cepat rasa lenguh. entah kenapa...




Minggu lepas (sabtu) ummi pergi jumpa doc kedua (doc panel suami ummi), sambil buat medical check Up, ummi pun tanya lah doc tu pasal tangan ummi, ummi cerita semualah ape ummi dah buat ngan tangan ummi nie.. Penerangan panjang lebar doc tu pasal CTS n bila  dia cek tangan ummi, dia cakap ummi bukan kena CTS lagi.... tapi kemungkinan besar boleh berlaku pada ummi sbb symtom2nya dah ade, doc ckp mgkin ummi hanya mengalami urat bengkak sahaja, tak sampai tahap CTS lagi.. Doc tu cakap sepatutnya sebelum buat suntikan doc pertama yhang ummi jumpa tu kena suruh ummi buat exercise atau  physio carpal tennel, dia ade cara2 exercise untuk penyakit tu sebelum disuntik atau operation dibuat, kalau ok dengan exercise tak perlu disuntik atau operation.. Ummi ckplah kat doc tu yang doc pertama yang ummi jumpa tu tak terangkan step2 yang boleh kita buat sebelum buat suntikan atau operation, so ummi follow jelah dia suntik, sbb kita tau tau ape pun kan.... Ummi berterima kasih sangat kat doc panel suami tu sebab memberi penerangan yang jelas dan teperinci pada ummi n suami tentang carpal tennel...


Dan, balik dari jumpa doc, ummi mengooglelah cara exercise tu mcam mana, dua hari ummi dah buat exercise tu, dan  Alhamdulillah sangat2 benjolan/bengkak yang masih kelihatan tu nampak semakin surut, tangan pun tak terasa lenguh sangat bila menaik atau menulis banyak2. Ummi akak teruskan exercise nie InsyaAllah. ini cara2 exercise yang boleh dibuat oleh pesakit CTS. kena rajinlah, kat ofis pun boleh buat..hihihi




Oklah, semoga semua pesakit2 CTS cepat baik dan sembuh. kat atas tu ade cara penggunaan computer dengan betul,cara menaip dengan betul. so kena tukar cara lepas nie..huhu

Panjang lebar dah ummi membebel hari nie, harap2 sikit sebanyak boleh membantu anda diluar sana, InsyaAllah...

byebye





No comments:

Post a Comment